Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Susut 27kg Berat Badan, Penampilan The Rock Cetus Persoalan Ramai
Terkenal dengan penampilan sasa, bintang Hollywood Dwayne Johnson mengejutkan ramai pihak selepas muncul dengan badan yang lebih kurus.
Menerusi klip tular di media sosial, memaparkan perubahan drastik Johnson, 52, atau lebih dikenali sebagai The Rock. Difahamkan, The Rock susut hampir 27 kilogram (kg).
Perubahan itu nyata menimbulkan tanda-tanya orang ramai memandang bekas ikon gusti itu sentiasa bertubuh ‘besi’.
Menurut laporan, perubahan berat badan pelakon itu bukanlah disebabkan oleh masalah kesihatan, sebaliknya untuk filem terbarunya, The Smashing Machine.
Dalam filem biografi berkenaan, The Rock berperanan memegang watak legenda seni bela diri campuran (MMA), Mark Kerr.
Watak ini memerlukan dirinya untuk menyesuaikan mengikut kriteria watak yang dibawa dalam filem berkenaan.
Susulan itu, Johnson mengambil inisiatif meninggalkan imej “superhero” dengan menukarkan diet pemakanannya agar kelihatan lebih lean dan realistik.
Sementara itu, rata-rata peminat melahirkan rasa terkejut dan kagum dengan passion yang ditunjukkannya dalam industri seni berkenaan.
“Biar betul ini The Rock?” komen seorang penguna.
“The Rock atau The Pebble” seloroh seorang pengguna.
Sumber:
The Economic Times