Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Wanita Maut Digilis Treler Di Pelabuhan Klang
Seorang wanita warga Indonesia dilapor maut akibat digilis sebuah treler di Jalan Pelabuhan Barat dari arah Pulau Indah menghala ke Klang, semalam.
Siasatan awal mendapati motorsikal yang dinaiki oleh suami, mangsa dan anak mereka telah menyelit dengan beberapa kenderaan berat lain dalam kejadian kira-kira 1.20 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Ramli Kasa berkata, motosikal jenis SM Sport 110R telah bergesel dengan sebuah lori treler mengakibatkan penunggang dan pemboncengnya terjatuh di tengah jalan.
“Akibat kemalangan ini lori treler yang berada di hadapannya tidak sempat mengelak dan menggilis mangsa iaitu pembonceng motosikal,” katanya menerusi satu kenyataan.
Menurut beliau, mangsa yang berusia 40-an itu meninggal dunia di tempat kejadian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat manakala penunggang motosikal, 40, dan anaknya yang berusia 10 tahun mengalami cedera ringan menerima rawatan di hospital sama.
Sementara itu, pemandu lori treler tersebut dilaporkan tidak mengalami kecederaan.
“Kes telah disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987 oleh Inspektor Mohd Khairul Nizam bin Abdul Talib
“Dalam pada itu, pihak polis khasnya IPD Klang Selatan menasihatkan semua pengguna jalan raya terutama penunggang motorsikal supaya berhati-hati semasa memandu dan sentiasa fokus kepada pemanduan,” ujar beliau lagi.


Sumber: Polis Klang Selatan via Facebook