Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Bergemerlapan, Ini Pemandangan Asia Tenggara Termasuk Malaysia Dari Angkasa 

pemandangan asia tenggara
Kredit: NASA/ISS

Bergemerlapan, Ini Pemandangan Asia Tenggara Termasuk Malaysia Dari Angkasa

Jauh perjalanan, luas pemandangan. Ada di antara kita yang mungkin sudah menjelajah ke seluruh negara di Asia Tenggara dan melihat sendiri pemandangan yang menakjubkan di negara-negara tersebut.

Dari gunung, laut, sungai hingga ke daratan, terhampar pelbagai kecantikan alam yang dilawati orang ramai setiap hari.

Namun, pasti ramai yang tertanya-tanya mengenai pemandangan Asia Tenggara dari angkasa.

Baru-baru ini, Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur telah berkongsi satu imej di laman Facebook yang memaparkan pemandangan negara-negara di Asia Tenggara termasuk di Malaysia.

Menurutnya, imej itu dirakam oleh seorang angkasawan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada jam 12.41 pagi.

BACA: NASA Dedah Letusan Suar Suria Kuat Berlaku 2 Mei Lepas

BACA JUGA: Menakjubkan, James Webb NASA Kongsi Gambar Pembentukan Bintang Baharu

Gambar dari Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) itu turut memperlihatkan cahaya lampu menerangi sekitar Kuala Lumpur dan Singapura.

“Anda juga boleh melihat bot-bot nelayan yang bertaburan di Teluk Thailand dan Laut China Selatan, bersama-sama dengan cahaya kota dari Bangkok, Phnom Penh, dan Ho Chi Minh City.

“Asia Tenggara kelihatan begitu indah, walaupun dari angkasa lepas,” kata kedutaan itu.

Kredit: NASA/ISS

Perkongsian itu menarik perhatian ramai kerana ia kelihatan menakjubkan.

Sumber: U.S. Embassy Kuala Lumpur