Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Demi Malaysia, New Joe Tekad Lawan Kesakitan Untuk Ke Sukan Asia

New Joe Tekad
Kredit: Bernama

Demi Malaysia, New Joe Tekad Lawan Kesakitan Untuk Ke Sukan Asia

SEPANG, 5 Ogos (Bernama) -- “Perkara pertama yang saya tanya pada doktor selepas tiba di hospital bukan tentang kesakitan yang saya alami tetapi sama ada saya boleh beraksi di Sukan Asia pada bulan depan ataupun tidak.”

Demikian kata pelumba berbasikal trek negara, Lau New Joe yang tetap mengutamakan perjuangan demi negara meskipun baru mengharungi detik cemas dalam kemalangan ngeri pada saingan akhir acara scratch 10 kilometer (km) lelaki di Sukan Komanwel Glasgow 2026, Sabtu lepas.

New Joe, yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi kelihatan sebak dan menitiskan air mata ketika menceritakan keazaman beliau untuk segera pulih bagi menghadapi temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, bulan depan.

Pelumba berusia 21 tahun itu berkata pakar perubatan memberikan peluang “50-50” untuk kembali beraksi, namun beliau bertekad memberikan yang terbaik sepanjang proses pemulihan.

"Tengok proses pemulihan nanti macam mana dan saya akan cuba yang terbaik untuk kembali. Kalau boleh saya hendak juga (ke Sukan Asia) sebab bukan saya seorang yang bekerja keras untuk ini, ada banyak orang yang membantu saya, jurulatih dan semua staf.

“Saya juga mewakili seluruh pasukan saya. Jadi, ini bukan tanggungjawab untuk diri sendiri, macam mana sekalipun saya kena buat yang terbaik untuk Malaysia,” katanya.

Mengimbas kembali insiden di Velodrom Sir Chris Hoy itu, New Joe berkata beliau tidak sedarkan diri sebaik sahaja terjatuh dan hanya tersedar ketika berada dalam ambulans.

"Saya cedera di badan, lutut dan paling teruk muka iaitu patah rahang atas. Dalam situasi ini memang mudah untuk jadi negatif, mula persoalkan ‘kenapa saya’ dan sebagainya. Tapi saya cuba yang terbaik untuk kekal positif," katanya.

Dalam aksi final Sabtu lepas, New Joe terpaksa dikejarkan ke hospital menggunakan pengusung dan direkodkan sebagai tidak menamatkan perlumbaan (DNF) selepas terbabit kemalangan ketika kelompok pelumba mula memecut menuju garisan penamat.

Intipati
  • Lau New Joe mahu pulih segera bagi menghadapi Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 bulan depan.
  • Doktor memberikan peluang 50-50 untuk beliau kembali beraksi selepas kemalangan di Glasgow.
  • New Joe mengalami kecederaan badan, lutut dan patah rahang atas dalam final scratch 10km.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan