Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kim Jong Kook Berkahwin Hari Ini, Majlis Diadakan Secara Tertutup
Penyanyi dan pengacara Korea Selatan, Kim Jong Kook telah melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya pada hari ini dalam satu majlis tertutup di Seoul.
Memetik laporan The Chosun Daily, majlis perkahwinan itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan rakan rapatnya.
Majlis itu juga dihoskan oleh sahabat baik dan ahli Running Man, Yoo Jae Suk.
Bagaimanapun, maklumat mengenai pengantin perempuan tidak didedahkan.
Jong Kook sebelum ini mengejutkan ahli Running Man dan para peminat selepas mengumumkan mengenai berita perkahwinannya.
“Saya akan berusaha untuk hidup dengan baik. Majlis perkahwinan akan diadakan secara tertutup tidak lama lagi, dalam skala yang sekecil mungkin.
“Saya akan menjadi Kim Jong Kook yang bekerja lebih keras dan hidup lebih tekun,” katanya
Pengumuman itu membuatkan ramai peminatnya di seluruh dunia teruja serta mendoakan agar Jong Kook dan pasangannya berbahagia selalu.
Dilahirkan pada tahun 1976, Jong Kook memulakan kerjayanya pada tahun 1995 sebagai anggota kumpulan Turbo, yang meraih populariti besar dengan lagu-lagu hit seperti Hoesang, White Love, dan Twist King. Sejak itu, beliau terus aktif sebagai penyanyi solo dan juga dalam rancangan varieti seperti Running Man.
Sumber: The Chosun Daily