Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
banyak khasiat kulit pisang
Kredit: Azuan Abdullah

Banyak Khasiat, Ini Cara Buat Kompos Tanaman Guna Kulit Pisang

Sofea

Banyak Khasiat, Ini Cara Buat Kompos Tanaman Guna Kulit Pisang

Menjaga tanaman bukan sesuatu yang mudah, terutama apabila baja yang digunakan kadang kala tidak berkesan kepada pertumbuhannya.

Banyak baja yang dijual di pasaran, namun ada sesetengah orang lebih gemar membuat sendiri baja menggunakan pelbagai bahan semulajadi. Turut dipanggil sebagai kompos, bahan-bahan tersebut sangat membantu meningkatkan kesuburan dan pertumbuhan pokok.

Salah satu bahan yang boleh digunakan ialah kulit pasang. Pengguna Facebook, Azuan Abdullah, berkongsi mengenai cara untuk membuat kompos khas menggunakan kulit pisang yang dibiarkan dalam tempoh lama bersama beberapa bahan.

Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Buat kompos tanaman guna kulit pisang

Sahabat boleh nampak kan tompokan putih yang saya bulatkan tu. Itulah miselium @ kulat yang terdapat pada kulit pisang selepas 6 hari diperam bersama dengan air basuhan beras.

Masa peram hari Khamis lepas, saya masukkan 1 cawan kulit pisang ke dalam botol plastic. Kemudian saya tambahkan 3 cawan air basuhan beras ke dalam botol tersebut.

Tutup dengan penutupnya. Tak perlu ketatkan, memadai letak sahaja. Simpan tepi sinki.

Bila ada miselium putih macam dalam gambar, ini menandakan mikrob baik tengah banyak dan aktif. Tambahan pula berbau masam manis, confirm la enzim pun masih okey lagi.

Dan masa ini lah waktu yang paling sesuai untuk kita siram atau spray pada tanaman.

Sebelum siram tadi,saya check dulu kadar kepekatannya. Guna ec meter. Bacaan pada ec meter adalah 3.96 mS. Sangat sesuai untuk siraman terus pada pangkal pokok.

BACA: Kulit Pisang Jangan Buang, Boleh Buat Baja Suburkan Tanaman

Jika nak spray, larutan ini mesti dicairkan dulu dengan air tanpa klorin pada nisbah 1:1.

Kuantiti larutan ini adalah 1 liter lebih sikit je, tak cukup nak siram pada pokok jambu batu lohan.

Jadi, saya pun siram la pada pokok kacang panjang yang ditanam dalam pot. Saya tak tapis pun. Siram je sekali dengan sisa kulit pisang tu.

Bila kita buat macam ni, bukan 1 manfaat je dapat, malah 4 kebaikan yang pokok kacang saya akan dapat nanti.

Kredit: Azuan Abdullah

1. Sumber nutrient terutamanya unsur kalium. Kalium diperlukan dalam pembentukan bunga dan buah.

2. Enzim. Dapat merangsang pertumbuhan pokok lebih subur dan berbuah lebih banyak.

3. Mikrob. Dapat membaiki kualiti tanah dan “hidupkan” tanah.

4. Sisa kulit pisang sebagai kompos. Kompos dapat menyuburkan lagi tanah.

Lepas ni, setiap kali sahabat makan pisang tu, kulitnya jangan dibuang ya. Ikut je 4 step mudah ini.

1. Masukkan kulit pisang (1 bahagian) ke dalam botol.

2. Tambahkan air basuhan beras (3 bahagian).

3. Tutup botol. Tak perlu ketatkan.

4. Simpan tempat gelap 3-7 hari

Dengan cara yang mudah ini dan tanpa 1 sen pun modal, kita telah berjaya olah sisa kulit pisang kepada suatu sumber yang sangat berguna untuk pokok.

Tahniah sahabat.

Sumber: Azuan Abdullah