Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Iqbal Yasir
negeri hujan petang ini
Gambar: Bernama

Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri sehingga jam 5 petang ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah terlibat seperti di Kedah, Kelantan, Terengganu Pahang, Sarawak dan Sabah.

Manakala di seluruh negeri Perlis diramal hujan petang ini.

“Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap dan Sik. Manakala di Kelantan, hanya daerah Jeli dijangka hujan.

“Sementara di Terengganu pula melibatkan kawasan Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman. Bagi Pahang, daerah yang terlibat pula adalah Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan dan Pekan.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Kuching (Bau dan Kuching), Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu, Miri (Subis dan Miri) dan Limbang.

“Bagi Sabah pula termasuk Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Sandakan,” maklum METMalaysia dalam kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Momen ‘Pakcik-Pakcik’ Lepak Sambut Hari Lahir Bersama Rakan Runtun Hati Ramai

BACA: JHEAINS Akan Bantu Urus Jenazah Dua Kanak-Kanak Lemas Selepas Kenal Pasti Status Agama