Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Pasukan Bola Sepak Diserang Ribuan Lebah Saat Beraksi, Perlawanan Dihentikan

bola sepak diserang lebah
Gambar: Daily Economy

Pasukan Bola Sepak Diserang Ribuan Lebah Saat Beraksi, Perlawanan Dihentikan

Perlawanan pramusim antara Abuja City dan JKU bertukar cemas apabila ribuan lebah menyerang ketika aksi berlangsung di Stadium Kwaraa, Tanzania, pada Jumaat lalu.

Difahamkan, kekecohan itu memaksa perlawanan dihentikan seketika demi faktor keselamatan.

Menurut Daily Economy, insiden terbabit berlaku pada minit ke-77 ketika babak kedua sedang rancak berlangsung.

Sekawan lebah menyerbu padang, menyebabkan pemain panik dan berlari menyelamatkan diri, manakala pegawai perlawanan segera meniup wisel untuk menangguhkan permainan.

Pasukan perubatan dan petugas padang bertindak pantas menghalau kawanan lebah, sementara pengumuman dibuat bagi menenangkan penonton.

Menerusi rakaman video yang tular, kelihatan semua pemain, pegawai kejurulatihan dan jurukamera berlari sebelum meniarap di atas padang.

Malah, pengadil perlawanan juga terpaksa melakukan perkara sama bagi mengelakkan diri daripada disengat lebah.

Namun begitu, difahamkan bahawa insiden terbabit tidak menjejaskan keseluruhan perlawanan.

Setelah keadaan kembali reda, aksi diteruskan dan berakhir dengan kemenangan 2-1 memihak kepada Abuja City.

Dua gol pasukan itu dijaringkan oleh Ezra Maren dan Oscar Otu, sekali gus menewaskan pasukan tuan rumah, JKU.

BACA: Suarez Digantung Enam Perlawanan, Ludah Staf Seattle

BACA: Erik Ten Hag Dipecat Oleh Bayer Leverkusen

BACA: Kenali Grimsby Town, Kelab Kecil Liga Bawahan Yang Kalahkan MU

Sumber: Stadium Astro