Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Syarikat Tawar Bonus Turun Berat Badan Untuk Pekerja

Hannah
bonus turun berat badan
Gambar: AI/ImageFX

Syarikat Tawar Bonus Turun Berat Badan Untuk Pekerja

Sebuah syarikat teknologi dari China mencuri perhatian ramai apabila menawarkan ganjaran lumayan berjumlah 1 juta yuan (sekitar RM592,100) kepada pekerjanya yang berjaya menurunkan berat badan.

Difahamkan, inisiatif ini dianjurkan oleh syarikat Arashi Vision Inc., lebih dikenali sebagai “Insta360”, yang berpusat di Shenzhen.

Program tahunan itu dinamakan Million Yuan Weight Loss Challenge dan bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan pekerja.

Cara cabaran berjalan

Peraturannya mudah, semua pekerja boleh menyertai. Setiap penurunan 0.5 kilogram akan dibayar dengan 500 yuan (sekitar RM296.05).

Tahun ini, seorang pekerja menjadi tumpuan apabila berjaya menurunkan 20 kilogram dalam tempoh tiga bulan. Wanita muda itu juga turut meraih 20,000 yuan (sekitar RM11,842) serta dinobatkan sebagai “Juara Kurus”.

bonus turun berat badan

Ada penalti jika berat naik semula

Menariknya, program ini turut mengenakan klausa penalti. Peserta yang kembali mengalami kenaikan berat badan perlu membayar 800 yuan (sekitar RM473.68) untuk setiap 0.5kg yang bertambah.

Namun setakat ini, tiada pekerja yang dikenakan denda tersebut.

Hasil program sejak 2022

Sejak diperkenalkan pada 2022, syarikat itu sudah menganjurkan tujuh pusingan cabaran dengan jumlah hadiah keseluruhan hampir 2 juta yuan (sekitar RM1,184,200).

Tahun lalu sahaja, seramai 99 pekerja menyertai program tersebut dan berjaya mengurangkan berat badan terkumpul sebanyak 950 kilogram, sambil berkongsi ganjaran wang tunai sejuta yuan.

Seorang wakil syarikat berkata, cabaran ini bukan sekadar berkaitan insentif kewangan. Malah, ia sebagai usaha untuk memastikan pekerja mengutamakan kesihatan dan meningkatkan semangat mereka di tempat kerja.

Sokongan nasional

Menurut SCMP, kempen ini juga selari dengan inisiatif kesihatan di peringkat nasional.

Pada Jun 2024, kerajaan China melancarkan program Weight Management Year. Ia adalah pelan tiga tahun (2024-2026) bagi membendung masalah obesiti melalui gaya hidup aktif dan amalan pemakanan seimbang.

BACA: Trump Tandatangan Perintah Eksekutif Jenama Semula Pentagon Sebagai “Jabatan Perang”

BACA: Tiada Waris, Hartawan Brazil Wasiatkan RM4.2 Bilion Kepada Neymar

BACA: Doktor Temui Dua Janin Dalam Perut Bayi 20 Hari

Sumber: SCMP