Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Beberapa Perkhidmatan Maybank Dipercayai Tergendala

maybank tergendala
Gambar: AI/ImageFX

Beberapa Perkhidmatan Maybank Dipercayai Tergendala

Orang awam ‘kecoh’ di media sosial apabila beberapa perkhidmatan perbankan Maybank dipercayai tergendala.

Menerusi tangkap layar yang tular, aplikasi perbankan Maybank memaklumkan bahawa sebahagian ciri tidak dapat digunakan buat masa ini.

“Anda masih boleh menyemak baki, melakukan pemindahan (ke akaun sendiri, pihak lain dan DuitNow), membuat pembayaran bil serta menggunakan transaksi Imbas & Bayar kepada peniaga.

“Sepanjang tempoh ini, had transaksi sementara mungkin dikenakan.

“Harap maklum, kami sedang berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan perkara ini dengan segera. Terima kasih atas kesabaran dan pemahaman anda,” demikian menurut kenyataan yang dipaparkan dalam aplikasi berkenaan.

maybank tergendala
Gambar: Orang awam

Bagaimanapun, pihak Maybank setakat ini belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL