Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

OD-KFK: Inisiatif Baharu BNM Permudah Tuntutan Insurans Motosikal
Apabila berlaku kemalangan jalan raya, proses membuat tuntutan insurans sering menjadi mimpi ngeri kepada pemandu.
Menunggu pihak ketiga mengakui kesalahan, berurusan dengan syarikat insurans yang berlainan dan risau kehilangan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD).
Semua ini menjadikan proses tersebut panjang, melelahkan dan penuh tekanan. Menyedari realiti ini, Bank Negara Malaysia (BNM) tampil memperkukuh semula inisiatif Own Damage Knock-for-Knock (OD-KFK) yang bertujuan memberikan pengalaman tuntutan lebih pantas, telus dan adil kepada pengguna.
Apa itu OD-KFK?
OD-KFK ialah kemudahan khas untuk pemegang polisi insurans motor komprehensif. Melalui skim ini, pemandu yang tidak bersalah dalam kemalangan boleh membuat tuntutan terus dengan syarikat insurans mereka sendiri tanpa perlu menunggu pihak ketiga menyelesaikan proses.
Menariknya, NCD pemegang polisi tidak akan terjejas meskipun tuntutan dibuat.
Konsep ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru kerana ia telah diperkenalkan sejak tahun 1987 dan dikemas kini pada 2001.
Namun, dengan pengumuman terbaru oleh BNM, pelaksanaan OD-KFK kini diberi nafas segar untuk memastikan keberkesanan lebih tinggi serta menepati keperluan semasa pemandu di Malaysia.
Walaupun OD-KFK memberi banyak kemudahan, ia tidak terpakai untuk semua keadaan. Ada beberapa situasi khas di mana pemegang polisi tidak boleh menggunakan kemudahan ini, antaranya:
Kemalangan melibatkan teksi, bas atau kenderaan sewaan seperti limousine.
Kemalangan yang menyebabkan kecederaan tubuh badan kepada pihak ketiga.
Apabila pihak ketiga memiliki polisi insurans luar negara contohnya dari Singapura.
Dalam keadaan sebegini, tuntutan masih perlu dibuat melalui syarikat insurans pihak yang bersalah.
Proses tuntutan lebih mudah dan cepat
Salah satu kelebihan utama OD-KFK ialah proses tuntutannya lebih singkat. Pemegang polisi hanya perlu menyediakan laporan polis dan dokumen sokongan kemudian syarikat insurans mereka akan menguruskan tuntutan dengan syarikat pihak ketiga di belakang tabir.
Tuntutan own damage boleh diselesaikan dalam tempoh sekitar 20 hari bekerja.
Bagi tuntutan kerosakan harta pihak ketiga, prosesnya boleh selesai sehingga 80 hari lebih cepat berbanding sebelum ini.
Ini bermakna pengguna tidak lagi terperangkap dalam tempoh menunggu yang panjang, malah kenderaan mereka boleh dibaiki lebih awal dan kembali digunakan dalam masa yang lebih singkat.
BACA : Gempa Bumi: Apa Barang Patut Ada Dalam Beg Kecemasan
Faedah tambahan untuk pemandu
Selain mempercepat tuntutan, OD-KFK turut memperkenalkan beberapa ciri tambahan yang mesra pengguna. Antara yang menarik ialah Digital Roadside Assistance.
Ianya merupakan sebuah sistem bantuan tepi jalan yang boleh diakses 24/7 melalui aplikasi mudah alih atau laman web syarikat insurans.
Pemandu boleh mendapatkan bantuan trak tunda berdaftar, menghantar dokumen secara digital dan mendapatkan maklumat bengkel sah hanya dengan beberapa klik.
Selain itu, sistem pengurusan aduan juga telah dipertingkatkan. Masa respons aduan kini ditetapkan kepada 14 hari bekerja dan akan dipendekkan lagi kepada 5 hari bekerja menjelang April 2026.
Ini memberi lebih keyakinan kepada pengguna bahawa masalah mereka akan ditangani dengan lebih serius dan cepat.
Secara ringkas, inisiatif OD-KFK membawa tiga mesej utama kepada pengguna:
Proses lebih cepat dan lancar. Anda tidak perlu lagi menunggu pihak ketiga kerana insurans anda sendiri akan menguruskan tuntutan.
NCD kekal terpelihara. Jika anda tidak bersalah, tuntutan yang dibuat tidak akan menjejaskan diskaun NCD anda.
Akses digital dan sokongan 24/7 akan memudahkan anda mendapatkan bantuan bila-bila masa tanpa kerumitan.
Dengan adanya OD-KFK, pengalaman menguruskan insurans motor kini jauh lebih mesra pengguna dan efisien.
Oleh itu, pengumuman mengenai OD-KFK oleh Bank Negara Malaysia membawa nafas baharu kepada dunia insurans motor di negara ini.
Ia membuktikan bahawa sistem insurans sedang bergerak ke arah lebih progresif dengan fokus kepada perlindungan pengguna, kepantasan proses dan ketelusan.
Bagi para pemandu, ini bermakna lebih ketenangan fikiran apabila berada di jalan raya. Jika kemalangan berlaku dan anda tidak bersalah, anda tidak lagi perlu melalui proses rumit yang panjang untuk menuntut pampasan.
Sebaliknya, OD-KFK memastikan segala urusan lebih mudah, cepat dan adil selari dengan matlamat BNM untuk menjadikan industri insurans lebih cekap serta berpihak kepada rakyat.
Sumber : FB Bank Negara Malaysia, thestar
BACA : Ini Yang Terjadi Dalam Badan Anda Bila Stress Tak Terkawal