Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Perkara Yang Boleh Dituntut Oleh Waris Sekiranya Pesara Kerajaan Meninggal Dunia

Hannah
mayat setapak
Sumber: Bahagian Pencen JPA

Perkara Yang Boleh Dituntut Oleh Waris Sekiranya Pesara Kerajaan Meninggal Dunia

Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui tentang perkara penting ini.

Apabila seorang pesara Kerajaan meninggal dunia, waris atau tanggungan yang layak sebenarnya berhak membuat beberapa tuntutan tertentu.

Antara tuntutan tersebut termasuklah pencen terbitan untuk tanggungan serta bantuan pengurusan jenazah bagi tujuan pengebumian pesara.

Justeru, kami kongsikan penjelasan daripada Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung panduan lengkap yang boleh dijadikan rujukan oleh waris.

Pencen terbitan untuk tanggungan layak

Pencen terbitan ialah pencen bulanan yang diberikan berikutan kematian pegawai, pekerja atau pesara Kerajaan.

Pembayaran ini disalurkan kepada tanggungan yang layak sebagaimana diperuntukkan di bawah Undang-Undang Pencen.

Antara tanggungan yang layak memohon termasuklah pasangan serta anak-anak pesara berusia bawah 21 tahun.

Kelayakan pencen terbitan bermula sehari selepas tarikh kematian pesara.

Bagi membuat tuntutan, tanggungan boleh mengisi borang permohonan yang disediakan di sini.

Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ)

Bagi pesara yang meninggal dunia, pihak waris atau individu yang menguruskan jenazah boleh memohon BMJ berjumlah RM3,000.

Untuk info, bantuan ini hanya untuk urusan pengebumian pesara Kerajaan sahaja, bukan untuk selain daripada itu.

Permohonan juga mestilah dibuat dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kematian pesara.

Bagi membuat tuntutan BMJ, individu berkaitan boleh mengisi borang permohonan yang disediakan di sini.

Cara menghantar permohonan

Semua borang permohonan (beserta dokumen sokongan yang dinyatakan) boleh dihantar kepada pihak Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) melalui emel ([email protected]) atau pautan di sini.

Peranan Wakil Skim A

Setiap pesara atau tanggungan disaran melantik Wakil Skim A. Wakil ini bertanggungjawab:

  • Memaklumkan kepada JPA/KWAP sekiranya penerima pencen terbitan meninggal dunia.

  • Memulangkan sebarang lebihan bayaran pencen yang mungkin berlaku selepas kematian penerima.

Pendaftaran kematian & pengesahan kepada KWAP

Bagi mengelakkan isu lebihan bayaran, waris perlu segera:

1. Mendaftarkan kematian di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendapatkan Sijil Kematian.

2. Mengemukakan salinan Sijil Kematian kepada KWAP melalui emel: [email protected] atau pautan di sini.

BACA: Apa Itu RUU Pekerja Gig? Fakta Ringkas Yang Perlu Anda Tahu

Sumber: Bahagian Pencen JPA