Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Program Matrikulasi Wajar Dikekalkan, Laluan Penting Ke Universiti – UTM

Sofea
program matrikulasi
Kredit: Bernama

Program Matrikulasi Wajar Dikekalkan, Laluan Penting Ke Universiti – UTM

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memaklumkan bahawa program matrikulasi wajar dikekalkan sebagai salah satu laluan penting ke pendidikan tinggi bagi menjamin akses yang adil, saksama dan inklusif kepada semua pelajar.

Ia selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan bakat masa depan.

Menerusi satu kenyataan di Facebook, UTM berkata pemansuhan program tersebut berpotensi mengehadkan peluang pelajar ke peringkat universiti dan tidak seiring dengan matlamat pembangunan pendidikan negara dalam jangka masa panjang, khususnya dalam menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk pembangunan negara.

BACA JUGA: Kerajaan Beri Jaminan Kuota Bumiputera Ke Matrikulasi Kekal – PM Anwar

“UTM yakin bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa komited memastikan anak-anak Malaysia menikmati peluang pendidikan yang menyeluruh serta adil, sejajar dengan Perlembagaan Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

“UTM amat berharap agar isu ini tidak terus menjadi polemik berpanjangan. Sebaliknya, berpendapat bahawa semua pihak perlu berganding bahu bagi memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi negara demi menjamin masa depan generasi muda yang lestari dan cemerlang,” katanya.

Sumber: Universiti Teknologi Malaysia (UTM)