Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Satu Dewan Bergema Sambut Graduan OKU Genggam Master

Iqbal Yasir
Graduan OKU genggam master
Gambar: TikTok @uitm_channel

Satu Dewan Bergema Sambut Graduan OKU Genggam Master

Setiap daripada kita mempunyai kekurangan dalam diri, sama ada fizikal mahupun peribadi.

Namun, ia bukanlah penghalang untuk setiap individu untuk mengecapi kejayaan dalam hidup. Malah kekurangan inilah yang menjadikan seorang itu unik dan istimewa.

Itulah yang dibuktikan oleh seorang graduan Orang Kurang Upaya (OKU) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Muhammad Nabil yang mengenggam ijazah Sarjana dalam majlis Istiadat Konvokesyen UiTM hari ini.

Menerusi klip yang dikongsikan akaun TikTok rasmi UiTM, memaparkan para tetamu kehormat turut berdiri sewaktu dia menaiki pentas sebagai tanda penghormatan di atas usahanya menamatkan pengajian.

Dia turut dilihat dipimpin oleh seorang lelaki sewaktu menaiki pentas.

“Bergema dewan petang ini menyaksikan satu kejayaan yang amat besar oleh Muhammad Nabil. Semoga anda terus cemerlang dan berjaya dalam kerjaya yang diceburi,” tulis UiTM dalam hantaran itu.

Sementara itu, dia yang segak memakai jubah konvokesyen memberitahu bahawa kejayaan ini adalah hasil daripada tekadnya.

“Kita buat apa yang kita buat. Jangan kisah apa yang orang lain cakap,” kata Nabil sewaktu ditemu bual.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya tumpang gembira dan mendoakan kejayaan Nabil. Malah ada yang kagum dengan semangat insan istimewa itu berjaya menamatkan pengajian di menara gading.

Berikut antara komen pengguna;

“Subhannallah. Kekurangan bukti mu boleh berjaya dik..double line (Master) Tahniah,” tulis seorang lagi.

“Masyaallah dia yang mcm ni pun berusaha dan masih nak belajar lagi nak berjaya. Yang penting usaha dan niat untuk tuntut ilmu kerana Allah. Semoga awak terus berjaya,” komen seorang pengguna.

“Tahniah. Awak insan hebat.Semoga Allah sentiasa rahmati kamu,” luah seorang lagi.

“Alhamdulillahh. Anugerah Allah, tiada yang mustahil bagi Allah. Tuhan sebaik-baik perancangan,” komen seorang pengguna.

Sumber: TikTok @uitm_channel

BACA: 10 “Website” Paling Kerap Dilayari Rakyat Malaysia Pada Bulan Ogos

BACA: Bahagia Berganda, Wanita Dapat Hadiah Kereta Dari Suami Ketika Konvo