Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
website paling dilayari malaysia
Gambar: AFP
Tiada Kategori

10 “Website” Paling Kerap Dilayari Rakyat Malaysia Pada Bulan Ogos 

Iqbal Yasir

10 “Website” Paling Kerap Dilayari Rakyat Malaysia Pada Bulan Ogos

Memang tak boleh dinafikan, hidup kita sekarang semakin terikat dengan dunia digital memandangkan dunia kini ke arah pendigitalan.

Hampir semua benda dalam rutin harian, dari buka mata waktu pagi sehingga pejam mata waktu malam, berpaksikan pada gajet.

Cuba anda fikir, apabila bangun pagi je, benda pertama yang kita capai selalunya telefon pintar, betul tak?

Lagi-lagi bila nak cari info terkini atau sekadar scroll media sosial isi masa lapang, sememang gajet menjadi peneman setia.

Selain itu, urusan penting macam perbankan, perkhidmatan kerajaan dan lain-lain lagi mula beralih dari fizikal kepada secara atas talian.

Oleh itu, tak pelik sekiranya dunia moden ini terasa janggal jika tak ada teknologi digital dan internet.

Bercakap mengenai penggunaan gajet dalam kehidupan harian, pernah tak pernah tak anda terfikir apakah laman sesawang yang kerap dilayari oleh rakyat Malaysia?

Sebuah syarikat pembekal data digital untuk perniagaan, Similar Web baru-baru ini telah mengeluarkan senarai laman sesawang yang sering dilayari oleh rakyat Malaysia sepanjang bulan Ogos 2025.

Laman Web Paling Kerap Dilayari Rakyat Malaysia Ogos Lepas

Melalui laporan terkini di platform tersebut, tiga laman web paling popular dan kerap dilayari oleh rakyat negara ini diterajui oleh Google.com, Youtube.com dan Facebook.

Tidak mengejutkan Google.com menjadi laman sesawang paling banyak dilayari memandangkan ia merupakan enjin carian nombor satu di peringkat global.

Sementara Whatsapp.com muncul sebagai aplikasi ke-4 paling popular dalam kalangan rakyat negara pada bulan lepas. Diikuti platform e-dagang pilihan hati rakyat negara, Shopee.com di kedudukan ke-5.

Sementara itu, laman sesawang media sosial, Tiktok.com naik 2 tangga ke kedudukan ke-6 pada bulan lepas.

Di tangga ke-7 pula kekal dipegang laman sesawang media sosial Instagram.com seperti bulan lalu.

Platform Chatgpt.com pula jatuh tiga anak tangga dari tempat ke-5 kepada ke-8 carta. Manakala X.com atau (Twitter) dan wikipedia.org masing-masing di kedudukan ke-9 dan ke-10.

Gambar: Similiar Web

Apa Itu Laman Web?

Laman web atau sesawang (website) merupakan sebuah dokumen elektronik pada paparan skrin komputer dan biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi dan sebagainya, memetik Kamus Dewan Edisi Keempat.

Sumber: Similiar Web

BACA: Program Matrikulasi Wajar Dikekalkan, Laluan Penting Ke Universiti – UTM