Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Gambar Konvo Nampak "Perfect"
Kredit: @zahir_alauddin
Tiada Kategori

Elak 3 Kesilapan Ini Kalau Nak Gambar Konvo Nampak “Perfect”

Athirah

Elak 3 Kesilapan Ini Kalau Nak Gambar Konvo Nampak “Perfect”

Majlis konvokesyen merupakan salah satu detik yang berharga, khususnya bagi para graduan yang sudah menghabiskan pengajiannya dalam peringkat tertentu.

Ramai graduan menginginkan gambar yang diambil ketika sesi ini, khususnya ketika berada di atas pentas dalam keadaan sempurna dan cantik.

Namun, momen yang sepatutnya menjadi kenangan indah itu sering kali tidak kelihatan begitu cantik dalam gambar rasmi yang dirakam. Ia sama ada kerana postur yang kurang sesuai, senyuman yang kaku, atau pandangan mata yang tidak tepat ke arah kamera.

Ramai tidak sedar bahawa detik beberapa saat di atas pentas itu sebenarnya mampu dirakam dengan sempurna jika mengetahui caranya.

Cara ambil gambar konvo yang betul di atas pentas

Baru-baru ini, tular perkongsian seorang lelaki yang memberikan tip mudah tetapi berguna untuk semua graduan yang bakal beraksi di pentas konvokesyen.

Setiap kali berlangsungnya majlis konvokesyen, sering timbul kekeliruan dalam kalangan graduan tentang tatacara yang dianggap “wajib” ketika menerima skrol. Ada yang percaya perlu tunduk, mengucapkan “thank you”, malah ada juga yang secara refleks membongkokkan badan sebagai tanda hormat.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @zahir_alauddin di TikTok, graduan tidak perlu menundukkan kepala, mengucapkan “thank you” atau membongkokkan badan sebagai tanda hormat kepada tetamu kehormat.

Walaupun tindakan itu dianggap sopan dalam kehidupan seharian, hakikatnya ia boleh menjejaskan seri gambar konvokesyen yang dirakam.

Sekiranya graduan tunduk terlalu lama, wajah anda mungkin tidak kelihatan jelas di dalam gambar. Jika anda mengucapkan “thank you” sambil tersenyum, sering kali bibir akan muncung kerana sedang menyebut perkataan itu dan hasilnya, gambar tidak seindah yang diharapkan.

@zahir_alauddin menjelaskan ketika graduan sedang memegang skrol, berdirilah tegak dalam beberapa saat dan senyum dengan yakin. Biarkan jurufoto merakamkan detik itu dengan jelas.

Sekiranya anda ingin mengucapkan terima kasih, anda boleh melakukannya dalam keadaan tersenyum tanpa perlu menggerakkan mulut secara berlebihan.

Dengan cara itu, gambar konvokesyen anda bukan sahaja lebih cantik, malah memancarkan keyakinan dan kegembiraan yang sewajarnya pada hari penuh bermakna itu.

BACA: Satu Dewan Bergema Sambut Graduan OKU Genggam Master

Sumber: @zahir_alauddin via TikTok