Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
kulit telur untuk tanaman
Gambar: ImageFX

Kulit Telur Baik Untuk Tanaman, Berkesan Atau Tidak

Nur Erizsha

Kulit Telur Baik Untuk Tanaman, Berkesan Atau Tidak

Setiap orang yang menanam pokok pastinya menginginkan tanaman yang sihat, subur dan cepat membesar.

Tidak hairanlah, ramai yang sanggup mencuba pelbagai cara serta bahan semula jadi sebagai baja untuk menyuburkan tanah, termasuklah kulit telur.

Kulit telur sering dianggap sebagai “baja percuma” dari sisa dapur kerana dipercayai mengandungi nutrien yang penting untuk tumbuhan.

Malah, ada yang menganggap ia mampu menguatkan akar, mempercepatkan pertumbuhan dan melindungi tanaman daripada penyakit tertentu.

Namun, sejauh manakah kulit telur ini berkesan untuk tanaman? Adakah ia benar memberi manfaat atau sekadar mitos yang diwarisi daripada petua lama. Mari ikuti penjelasan lanjut di bawah ini.

Adakah kulit telur baik untuk tanaman?

Menurut portal Reader’s Digest, kulit telur ialah bahan tambahan yang baik untuk tanah di kebanyakan taman dan tanaman hiasan kerana ia mengandungi kalsium karbonat yang berfungsi menguatkan struktur tumbuhan.

Malah, semua jenis telur sama ada berbintik, perang atau putih, kaya dengan nutrien ini serta turut membekalkan kalium dan fosforus.

Menariknya, penggunaan kulit telur untuk tumbuhan adalah satu kaedah bijak yang bukan sahaja menyuburkan kebun anda, selain boleh mengurangkan pembaziran sisa dapur.

Bagaimana kulit telur membantu tanaman?

Bahan utama kulit telur, iaitu kalsium karbonat, khususnya membantu mengatasi masalah ‘blossom end rot’ (kerosakan pada hujung buah) yang disebabkan kekurangan kalsium.

Masalah ini biasanya berlaku pada buah-buahan atau sayuran tertentu seperti tomato apabila ia mula masak.

Ini kerana, tomato yang terjejas akan menunjukkan tompokan gelap atau berair di bahagian bawah buah yang akhirnya mereput dan rosak.

Keadaan ini tidak dapat diperbaiki selepas ia muncul, jadi pencegahan adalah langkah utama untuk mengatasi masalah tersebut. Berikut ialah dua cara yang anda boleh lakukan:

  1. Penyiraman secara berkala dengan jumlah air yang betul bagi mengelakkan kekeringan dan pereputan akar.

  2. Meningkatkan kalsium dalam tanah dan di sinilah kulit telur serta baja daripada kulit telur memainkan peranan penting.

Selain itu, kulit telur juga kaya dengan kalium, sama seperti air rendaman pisang yang sangat bermanfaat untuk perkembangan tumbuhan.

Adakah terdapat risiko menggunakan kulit telur untuk tanaman?

Apabila bercakap tentang penggunaan produk haiwan seperti kulit telur pada tumbuhan, kebimbangan yang sering timbul ialah risiko pencemaran kompos dengan bakteria seperti salmonella, terutamanya daripada telur yang tidak dimasak dengan sempurna.

Menurut kajian dari Universiti Michigan State, manfaat kulit telur jauh lebih besar daripada risikonya kerana bakteria seperti salmonella memang wujud secara semula jadi dalam persekitaran.

Difahamkan, kulit telur hanyalah sebahagian kecil daripada keseluruhan kompos, jadi jarang sekali ia mendatangkan masalah besar.

Untuk lebih selamat, anda boleh keringkan kulit telur, panggangnya dalam ketuhar atau menggunakan kaedah “hot composting” pada suhu 60–70 celcius bagi membunuh bakteria.

Cara menggunakan kulit telur untuk tanaman

Membuat baja daripada kulit telur sangat mudah dan tidak memerlukan teknologi canggih. Berikut langkah-langkahnya:

  • Bilas kulit telur selepas digunakan. Menghilangkan sisa telur dapat mengurangkan risiko menarik serangga perosak.

  • Keringkan kulit telur. Biarkan di kaunter selama satu hingga dua hari, simpan dalam peti sejuk beku semalaman (atau lebih lama), atau bakar di atas dulang pembakar dalam ketuhar bersuhu 200 darjah Fahrenheit selama kira-kira 20 minit. Semua kaedah ini memudahkan kulit telur dihancurkan.

  • Hancurkan kulit telur. Anda boleh menghancurkannya dengan tangan, menggunakan penggiling lesung, pengisar makanan atau pengisar kopi sehingga menjadi serbuk halus.

  • Tambah satu atau dua sudu besar serbuk atau serpihan kulit telur ke dalam kompos atau lubang tanaman. Sukatan tidak perlu terlalu tepat, tetapi elakkan menabur lapisan tebal kulit telur pada akar kerana boleh menjejaskan saliran.

  • Tanam seperti biasa.

  • Untuk tanaman sedia ada atau bagi memperkayakan tanah, taburkan kompos bercampur kulit telur di atas tanah atau gaulkan sedikit di sekeliling pangkal tumbuhan.

Kaedah ini boleh dicuba pada pelbagai jenis tumbuhan, sama ada tanaman hiasan di dalam rumah atau tanaman di kebun.

BACA: Banyak Khasiat, Ini Cara Buat Kompos Tanaman Guna Kulit Pisang

BACA: Ini Khasiat Air Kelapa Berdasarkan Sains Yang Anda ‘Wajib’ Tahu

BACA: Gula Perang vs. Gula Putih: Apa Bezanya & Mana Lebih Sesuai Untuk Masakan Anda?

Sumber: Reader’s Digest