Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dua Individu Tertimbus Tanah Runtuh Ditemukan Maut

Athirah
Dua Individu Tertimbus Tanah Runtuh
Kredit: Bernama

Dua Individu Tertimbus Tanah Runtuh Ditemukan Maut

KOTA KINABALU, 15 Sept (Bernama) — Dua individu yang dilaporkan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh menghempap tiga rumah di Kampung Mook, dekat Papar, pagi tadi ditemukan maut, petang ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan kedua-dua mangsa dijumpai serta berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat selepas hampir empat jam operasi mencari dan menyelamat dijalankan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi. Maklumat mangsa belum diperolehi,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, JBPM Sabah menerima laporan mengenai kejadian pada 10.02 pagi sebelum sepasukan anggota Balai Bomba Penyelamat Papar bergegas ke lokasi terletak sejauh 35 kilometer.

Operasi ditamatkan pada 2.25 petang dan pemantauan berterusan akan dijalankan dari semasa ke semasa.

BACA: Mufti Wilayah Persekutuan Jelaskan Hukum Kongsi Gambar “Ultrasound” Bayi
BACA: Jiran ‘Sibuk’ Cari, Rupanya Dalang Kes Mayat Kanak-kanak Dalam Guni
BACA: Kenapa Jalan Sesak Tanpa Sebab? Fahami Fenomena “Phantom Traffic Jam”

Sumber: Bernama