Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pesakit Maut, 12 Cedera Ambulans Bertembung Van
KINABATANGAN, 15 Sept (Bernama) — Seorang pesakit strok maut selepas ambulans dinaikinya bertembung dengan sebuah van berhampiran Jalan Kampung Paris 1, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt D Ravi berkata kemalangan kira-kira 9.40 pagi itu turut menyebabkan 12 individu cedera terdiri daripada pemandu ambulans, pemandu kedua, seorang doktor serta seorang jururawat berada dalam ambulans selain lapan individu menaiki van berkenaan.
Beliau berkata kesemua yang cedera kini dirawat di zon hijau Hospital Kinabatangan.
“Kejadian berlaku ketika ambulans berkenaan dalam perjalanan dari Hospital Lahad Datu ke Hospital Queen Elizabeth 1 di Kota Kinabalu.
“Ketika melalui jalan berselekoh, sebuah van memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan ambulans,” katanya yang dihubungi Bernama.
Beliau berkata pesakit wanita itu meninggal dunia di lokasi kejadian dan kemalangan berkenaan sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: BERNAMA