Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lima Sungai Di Tiga Negeri Lepasi Paras Bahaya Pagi Ini 

Iqbal Yasir
sungai Paras bahaya pagi ini
Gambar: Bernama

Lima Sungai Di Tiga Negeri Lepasi Paras Bahaya Pagi Ini

KUALA LUMPUR — Lima sungai di tiga negeri, Sarawak, Selangor dan Perak merekodkan bacaan melepasi paras bahaya setakat jam 9 pagi ini.

Menurut laman rasmi Public Info Banjir, di Sarawak, Sungai L0ng Teru, Miri merekodkan bacaan 8.88 meter melepasi paras bahasa 8m. Manakala sungai Marudi pula mencatatkan 4.04m melepasi paras bahaya 3.25m.

Di Selangor, Sungai Bernam di Jambatan SKC Hulu Selangor, melepasi paras bahaya 20.47m (19.1m). Sementara di Sungai Bernama Di Kampung Sungai Selisek turut merekodkan 27.99m melepasi paras bahaya 27.1m.

Manakala di Perak pula, Sungai Slim River merekodkan paras 25.68m melebihi paras bahaya 25.4m.

Mangsa Banjir Di Lima Negeri Meningkat

Sementara itu, InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan, mangsa banjir di lima negeri merekodkan dengan jumlah keseluruhan mangsa 2,407 orang melibatkan 719 keluarga di 26 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat 9.30 pagi ini.

Sabah menjadi negeri paling teruk terjejas dengan 1,920 mangsa dipindahkan di 16 PPS melibatkan enam daerah.

Manakala di Perak sebanyak 194 orang dipindahkan ke empat PPS. Diikuti Selangor dengan 146 mangsa di tiga PPS.

Manakala Negeri Sembilan dan Sarawak masing-masing merekodkan 79 orang (dua PPS) dan 68 orang (satu PPS).

Sumber: Public Info Banjir

BACA: Bencana Tanah Runtuh Di Sabah Ragut 12 Nyawa

BACA: Langkah Yang Perlu Dilakukan Sebelum, Semasa Dan Selepas Banjir