Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Terlupa Nak Salam, Pengetua Sekolah Pondok Tampar Pelajar

Athirah
Pengetua Beri 'Pengajaran'
Kredit: Detik

Terlupa Nak Salam, Pengetua Sekolah Pondok Tampar Pelajar

Dua pelajar dilaporkan telah ditampar oleh pengetua sebuah pondok di Palopo, wilayah Sulawesi Selatan hanya kerana tidak bersalaman, menurut portal Detik.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Pondok Pesantren Putra Datok Sulaiman selepas solat Subuh.

Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan pengetua terbabit memanggil seorang pelajar lalu menamparnya dengan kuat berulang kali.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Palopo, Inspektor Sahrir, berkata pihaknya menerima dua laporan berhubung kejadian selepas suspek dikatakan tidak berpuas hati kerana pelajar terbabit tidak bersalaman dengannya.

Beliau memaklumkan laporan pertama dibuat oleh mangsa berusia 14 tahun pada Jumaat, manakala laporan kedua dibuat oleh mangsa berusia 16 tahun pada Sabtu.

“Selepas selesai solat Subuh, semua pelajar bersalaman dengan suspek, manakala pelajar berusia 16 tahun itu dikatakan keluar dari masjid tanpa bersalaman dengannya

“Mangsa kemudian ditegur dan dipanggil semula. Ketika mangsa mahu bersalaman, suspek bertindak menampar wajahnya,” ujarnya.

Sahrir menjelaskan kedua-dua insiden kekerasan terhadap pelajar itu berpunca daripada kejadian sama, iaitu kerana tidak bersalaman dengan suspek.

Bagaimanapun, pihak polis kini sedang mengumpulkan bukti sebelum memanggil suspek untuk siasatan.

“Kami masih mengumpul bukti, selain mengambil keterangan saksi lain serta menunggu hasil laporan perubatan terhadap kepala mangsa,” katanya lagi.

BACA: Mufti Wilayah Persekutuan Jelaskan Hukum Kongsi Gambar “Ultrasound” Bayi
BACA: Kenapa Jalan Sesak Tanpa Sebab? Fahami Fenomena “Phantom Traffic Jam”

Sumber: Detik