Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Selalu Jumpa Di Masjid, Lelaki Sebak Ucap Selamat Tinggal Kepada Pakcik Di AS
Merantau di negara orang bukan sesuatu yang mudah, jauh dari keluarga dan sanak-saudara, malah budaya dan makanan juga mungkin berbeza. Pun begitu, hidup perlu diteruskan kerana ada tuntutan yang perlu dilunaskan, sama ada mencari rezeki atau menuntut ilmu.
Walaupun segalanya berbeza dari tanah air sendiri, namun apa yang penting adalah pengalaman yang digapai selama berkelana di tempat orang. Pelbagai karenah manusia yang akan kita jumpa dan kadang kala berlaku perkara yang membuatkan perspektif kita tentang hidup akan berubah.
Sama juga apabila kita bertemu dengan individu-individu baik yang menjadikan hari-hari lebih bermakna, walaupun tidak mempunyai sebarang ikatan darah.
Baru-baru ini tular satu video dari seorang pengguna TikTok di akaun @seliparjepun6_ yang memaparkan momen-momen sayu ketika dia mengucapkan selamat tinggal kepada seorang lelaki tua di Amerika Syarikat.
Menurutnya, dia dan rakan-rakannya sering bertegur dengan warga emas terbabit di masjid.
Ketika memberi samping, warga emas tersebut pada awalnya menolak, namun dia mengambilnya selepas diberitahu bahawa itu merupakan hari terakhir mereka solat Jumaat di situ sebelum pulang ke Malaysia.
“Pakcik ini minat dengan kain pelikat dan samping orang Malaysia. Samping ini paling aku sayang, aku tak fikir pun soal nilai, apa yang aku tahu, di sini hakikat ikhlas kita kena belajar,” katanya.
Air mata mencurah ke pipi lelaki itu apabila mereka berdua berpelukan untuk kali terakhir.
“Jaga kesihatan pakcik, InshaAllah kalau ada rezeki kita berjumpa lagi. Semoga Allah sentiasa berikan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam rahmatNya,” katanya lagi.
Bercakap kepada SK, lelaki itu berkata dia berkelana di AS atas urusan kerja selama dua bulan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang sebak melihat momen-momen tersebut dan mendoakan agar kedua-duanya dipermudahkan urusan.
“Bangga dengan anak Malaysia, sentiasa hormat antara satu sama lain”
“Bagi benda yang paling kita sayang, pengorbanan bro, salute”
“Tahniah dik. Ikut sunnah Rasulullah. Rasulullah dulu ajar kalau nak sedekah bagi benda yang terbaik, yang paling kita sayang”
Sumber: seliparjepun6_