Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
bateri baru kereta
Gambar: Altimat Auto Garage

Bateri Baru Tapi Kereta Tak Boleh “Start”? Mekanik Dedah Punca

Muhammad Farhan

Bateri Baru Tapi Kereta Tak Boleh Start? Mekanik Dedah Punca

Kereta yang baru sahaja tukar bateri baharu kebiasaannya akan rasa lebih lancar dan mudah untuk dihidupkan.

Keadaan ini disebabkan kuasa bateri yang segar dapat memberikan tenaga yang penuh dan kuat kepada sistem starter dan elektronik kereta.

Selain itu, ia turut membantu semua komponen elektrik kereta seperti lampu, radio dan penghawa dingin untuk berfungsi dengan baik.

Namun begitu, terdapat juga kereta yang tidak boleh “start” walaupun sudah tukar ke bateri yang baharu.

Masalah ini menjadi tanda tanya disebabkan lampu bateri tidak menyala pada meter kereta menyebabkan masalah ini bukanlah berpunca daripada kerosakan bateri atau altenator.

Jadi hari ini SK akan berkongsi dengan anda punca sebenar kereta tidak boleh “start” walaupun dah tukar bateri baharu menerusi perkongsian @altimatautogarage di TikTok.

Punca kereta tidak boleh “start”

Untuk pengetahuan anda, punca sebenar kereta tidak boleh “start” adalah disebabkan masalah kerosakan yang berlaku pada pam bahan api (fuel pump).

Menurut @altimatautogarage, pam bahan api ini berfungsi untuk mengepam dan menghantar petrol atau diesel dari tangki bahan api ke enjin pada tekanan yang sesuai.

Kerosakan pada komponen ini menyebabkan minyak tidak dapat dipam ke enjin.

Cara anda untuk mengenal pasti sekiranya pam bahan api kereta anda mengalami kerosakan adalah anda dapat merasa kereta anda tersengguk-sengguk ketika anda sedang memandu.

Selain itu, anda juga boleh melihat perubahan kecil pada jarum meter kereta sekiranya ia bergerak secara tidak stabil, iaitu turun dan naik.

Jika pam bahan api anda berada dalam keadaan baik, akan terdapat bunyi berdengung semasa enjin kereta dihidupkan.

Oleh itu, sekiranya bunyi berdengung ini tidak kedengaran, ia menandakan komponen tersebut mungkin telah rosak.

@altimatautogarage menjelaskan cara mudah untuk menjaga pam bahan api ialah sentiasa isi minyak sebelum meter sampai E atau berada bawah satu bar.

BACA: Sidang Kemuncak MDX 2025: Pemangkin Digital Malaysia
BACA: SMARTGOV MALAYSIA 2025: GovTech Untuk Masa Hadapan

Sumber: Altimat Auto Garage via TikTok