Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Dua Beranak Ditemukan Maut Dalam Kenderaan
MELAKA, 18 Sept (Bernama) — Dua beranak ditemukan maut dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dipercayai akibat kebocoran gas penyaman udara di Jalan Solok Hilir, Paya Rumput di sini tengah malam tadi.
Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata kejadian pada 12.24 tengah malam melibatkan wanita berusia 57 tahun, dan anaknya berusia 25 tahun yang juga Orang Kurang Upaya (OKU).
“Mangsa berasal dari Taman Kelemak Jaya, Alor Gajah dipercayai tertidur dan ditemukan orang awam yang menyedari mereka berada terlalu lama dalam kenderaan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Latih Amal Keselamatan Menyeluruh (Ex Kesidang) 2025 di Ayer Keroh hari ini.
Dzulkhairi berkata siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan mayat dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.
Sampel darah mangsa dihantar ke Jabatan Kimia untuk ujian dadah, alkohol dan karbon monoksida manakala kenderaan ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk siasatan lanjut.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dengan siasatan lanjut diteruskan.
Sumber: Bernama