Utama

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Hargai Usaha Warga Kerja, CEO Sabah Electricity Menangis Ketika “Live”
Hujan lebat berterusan yang berlaku beberapa hari lepas menyaksikan negeri Sabah terpaksa berdepan dengan situasi banjir buruk dan tanah runtuh.
Bencana tanah runtuh yang melanda sejak Jumaat lepas telah meragut 12 nyawa termasuk lima kanak-kanak setakat ini, dengan 11 kematian dilaporkan dan satu kematian pada hari pertama kejadian.
Insiden terbabit turut menyebabkan tiang menara penghantaran SESB tergelincir dan mengakibatkan gangguan bekalan elektrik di kawasan Pantai Timur Sabah pada 13 September lalu.
Namun begitu, bekalan elektrik dilapor telah berjaya dipulihkan sepenuhnya pada malam tadi.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity (SE), Datuk Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar, menyampaikan ucapan penuh emosi ketika bersiaran secara langsung.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @mycommunitynewssabah di TikTok, beliau turut dilihat menangis ketika menjelaskan bahawa bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah telah pulih sepenuhnya dan menghargai pengorbanan anggota yang terlibat.
“Sasaran kami adalah lapan hari, tetapi kami berjaya menyelesaikannya dalam masa empat hari
“Saya juga ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga kerja Sabah Electricity yang telah bertugas tanpa mengenal penat lelah,” kata beliau.
Video berkenaan turut menyentuh perasaan orang ramai, yang pada masa sama menzahirkan penghargaan kepada kakitangan Sabah Electricity kerana bertungkus-lumus menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat tempatan.
Bernama melaporkan seorang petugas Sabah Electricity Sdn Bhd hilang dihanyut arus deras ketika bertugas di sebuah kampung di Keningau.
Sabah Electricity dalam kenyataan memaklumkan pasukan penyelamat bersama dengan pihak berkuasa berkaitan telah digerakkan ke lokasi kejadian dan usaha pencarian sedang giat dijalankan.
“Keutamaan kami ketika ini adalah keselamatan serta kebajikan kakitangan yang terlibat di samping memberikan sokongan penuh kepada keluarga mangsa.
“Sabah Electricity akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dalam operasi ini dan akan memaklumkan perkembangan lanjut dari semasa ke semasa,” katanya.
Terdahulu, tular di media sosial video memaparkan kenderaan pacuan empat roda syarikat itu yang terperangkap dalam banjir dengan arus deras, dan memaklumkan pasukan berkenaan sedang melaksanakan operasi pemulihan kerana kampung terbabit terputus bekalan elektrik.
Sumber: @mycommunitynewssabah via TikTok