Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Storage Laptop Selalu Penuh? Cuba Trik Bijak Ini
Masalah storan laptop yang cepat penuh memang boleh membuatkan sesiapa sahaja rasa stres lebih-lebih lagi bila kita sedang sibuk menyiapkan tugasan penting atau menyimpan fail kerja yang besar.
Tiba-tiba muncul notifikasi “storage almost full”, laptop jadi perlahan, dan kerja tergendala. Keadaan ini memang boleh menyebabkan hilang mood seketika.
Situasi ini sering dialami oleh pengguna laptop dengan SSD kecil seperti 128GB atau 256GB. Ruang yang terhad ini cepat dipenuhi dengan dokumen, gambar, video, aplikasi serta fail sementara yang semakin membesar tanpa disedari.
Namun, jangan risau kerana masalah ini bukanlah sesuatu yang mustahil untuk diatasi. Dengan langkah yang betul, anda boleh mengosongkan storan, melajukan semula prestasi laptop dan pada masa sama mengekalkan fail penting tanpa perlu format atau membeli peranti baru.
1. Kenal pasti apa yang makan ruang
Langkah paling asas tetapi sangat penting ialah mengetahui punca utama kenapa storan cepat penuh. Di Windows, anda boleh terus membuka menu Settings > System > Storage manakala pengguna Mac boleh klik Apple Menu > About This Mac > Storage.
Dari paparan ini, anda akan nampak kategori fail yang memakan ruang paling banyak sama ada koleksi video, aplikasi, dokumen, atau fail sementara.
Dengan cara ini, anda tidak lagi membuang masa memadam fail kecil yang tidak seberapa sebaliknya boleh fokus kepada kategori yang benar-benar rakus menggunakan ruang.
Bayangkan, hanya dengan mengenal pasti satu folder video lama sahaja anda mungkin boleh mengosongkan sehingga puluhan gigabait sekali gus.
Ramai yang tidak menyedari bahawa fail sementara, cache dan sisa fail daripada aplikasi sebenarnya mengambil ruang yang besar dalam storan laptop.
Di Windows, anda boleh gunakan fungsi Disk Cleanup atau aktifkan Storage Sense untuk membersihkan cache, thumbnail, recycle bin serta fail yang tidak diperlukan.
Bagi pengguna Mac pula, fungsi Manage Storage boleh membantu menghapuskan cache aplikasi yang tersembunyi.
Walaupun fail ini kelihatan kecil, jika dibiarkan terkumpul bertahun-tahun, jumlahnya mampu mencecah berpuluh gigabait tanpa anda sedari.
Dengan sekali pembersihan sahaja, laptop anda boleh kembali lega seakan-akan baru selesai detox digital.
8 Cara Ini Untuk Atasi Masalah Storage Laptop Penuh
3. Pindahkan fail media besar
Koleksi video, muzik dan gambar sememangnya menjadi antara penyumbang terbesar kepada masalah storan penuh.
Lebih-lebih lagi jika anda gemar memuat turun filem, menyimpan projek video atau mengumpul ribuan gambar kenangan. Jika fail-fail ini masih penting, lebih baik anda memindahkannya ke external hard disk atau SSD luaran.
Alternatif lain ialah menggunakan cloud storage seperti Google Drive, OneDrive atau iCloud yang bukan sahaja menjimatkan ruang tetapi juga membolehkan anda mengakses fail tersebut dari mana-mana peranti.
Dengan cara ini, laptop anda akan menjadi lebih ringan dari segi storan manakala fail berharga tetap tersimpan dengan selamat.
Selain itu, kebanyakan pengguna laptop sering memasang pelbagai aplikasi. Bermula dari software penyuntingan, permainan video hinggalah percubaan aplikasi yang akhirnya jarang sekali dibuka.
Aplikasi-aplikasi seperti ini biasanya mengambil ruang yang sangat besar malah ada yang mencecah 10GB atau lebih.
Jika anda tidak lagi memerlukannya, lebih baik nyahpasang terus untuk memberi ruang lapang kepada storan. Di Windows, anda boleh lakukan melalui Control Panel > Programs & Features.
Manakala di Mac, anda hanya perlu menyeret aplikasi tersebut ke Trash. Hasilnya, laptop anda bukan sahaja mendapat lebih banyak ruang, malah prestasinya juga menjadi lebih pantas kerana tidak lagi dibebani dengan aplikasi yang tidak digunakan.
5. Jangan lupa kosongkan Recycle Bin
Ini mungkin kelihatan remeh tetapi ramai yang terlupa bahawa fail yang dipadam sebenarnya masih kekal di dalam Recycle Bin atau Trash.
Selagi ia tidak dikosongkan, ruang storan masih digunakan. Bayangkan anda sudah memadam ratusan fail gambar atau video tetapi hairan kenapa ruang laptop masih penuh.
Kemungkinan besar ia masih “tersangkut” dalam tong sampah digital tersebut.
Jadi, biasakan diri untuk membersihkan Recycle Bin secara berkala. Contohnya seminggu sekali supaya setiap fail yang tidak lagi diperlukan benar-benar hilang dari sistem.
BACA : Gempa Bumi: Apa Barang Patut Ada Dalam Beg Kecemasan
Jika anda kerap berurusan dengan fail projek yang bersaiz besar seperti video editing, design, atau permainan komputer sebaiknya jangan simpan semua fail tersebut di dalam storan laptop.
Gunakan external SSD/HDD sebagai tempat simpanan utama. Alternatif lain yang semakin popular ialah menyimpan fail besar di cloud storage.
Ia akan membolehkan anda menyelaras fail terus dengan laptop tanpa perlu memenuhi ruang dalaman.
Dengan strategi ini, storan laptop anda hanya digunakan untuk sistem operasi, aplikasi penting serta fail kerja harian manakala fail besar boleh diakses bila-bila masa tanpa membebankan prestasi laptop.
Selain bergantung kepada fungsi terbina dalam laptop, anda juga boleh menggunakan aplikasi pembersih yang dipercayai untuk membantu menghapuskan fail tersembunyi.
Di Windows, perisian seperti CCleaner sangat berguna untuk membuang log file, cache dan registry yang tidak lagi diperlukan.
Manakala di Mac, aplikasi CleanMyMac boleh melakukan kerja yang sama dengan lebih efisien. Perisian seperti ini bertindak ibarat tukang pembersih rumah.
Ia akan mencari sisa fail yang sukar dikesan secara manual lalu menghapuskannya untuk membebaskan lebih banyak ruang.
Jika semua langkah di atas sudah anda cuba tetapi ruang masih tidak mencukupi, mungkin sudah tiba masanya untuk melabur dalam naik taraf storan.
Anda boleh menukar SSD sedia ada kepada kapasiti yang lebih besar seperti 512GB atau 1TB, bergantung kepada bajet. Alternatif lain yang lebih mudah ialah menggunakan external SSD berkelajuan tinggi yang kini semakin murah di pasaran.
Walaupun memerlukan sedikit kos tambahan, ia merupakan penyelesaian jangka panjang yang berbaloi. Langkah ini memberi lebih keselesaan terutama bagi anda yang kerap bekerja dengan fail besar atau menggunakan laptop untuk tempoh masa yang panjang.
Oleh itu, masalah laptop storage penuh bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan secara berlebihan kerana ia boleh diatasi dengan langkah yang betul.
Yang paling penting, jadikan amalan backup berkala sebagai rutin, sama ada di external drive atau cloud storage. Langkah ini memastikan data penting anda sentiasa selamat walaupun laptop menghadapi masalah teknikal.
Dengan sedikit disiplin dan trik pintar ini, anda dapat mengembalikan prestasi laptop serta bekerja dengan lebih lancar tanpa gangguan notifikasi storage full.