Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Bukan Semua Sakit Kepala Sama, Ketahui Perbezaannya
Umum mengetahui bahawa sakit kepala adalah masalah yang sering dialami oleh ramai orang, tidak kira usia atau latar belakang kesihatan.
Kadangkala, ia boleh muncul secara tiba-tiba atau berlarutan sehingga mengganggu fokus untuk melakukan aktiviti harian.
Ramai yang beranggapan semua sakit kepala sama, tetapi sebenarnya ia datang dalam pelbagai jenis yang mempunyai punca dan tanda-tanda tersendiri.
Jika anda salah seorang daripada golongan yang kerap mengalami masalah ini, ikuti perkongsian daripada Public Health Malaysia di bawah ini untuk penjelasan lebih lanjut.
Tension Headache
Gejala: Rasa mengetat / menekan di dahi atau belakang kepala, sakit ringan–sederhana, tiada loya.
Solusi: Rehat, cukup tidur, regangan otot, urutan, ubat tahan sakit ringan (paracetamol).
Migrain
Gejala: Sakit berdenyut sebelah kepala, sederhana–teruk, disertai loya, muntah, silau cahaya, ± aura (visual/deria/pertuturan).
Solusi: Elak pencetus (kurang tidur, stres, makanan tertentu), rehat di bilik gelap & senyap, ubat migrain (triptan / NSAID) ikut nasihat doktor.
Cluster Headache
Gejala: Sakit amat kuat sekitar mata, mata merah/berair, hidung tersumbat, serangan 15–180 minit.
Solusi: Rawatan khas doktor oksigen 100%, ubat suntikan / semburan, rujukan pakar diperlukan.
Sinus Headache
Gejala: Sakit sekitar dahi, pipi, hidung; hidung tersumbat, hingus pekat, rasa berat muka.
Solusi: Rawatan sinus/selsema, wap stim, spray hidung, antibiotik jika jangkitan bakteria.
Sakit Kepala Hipertensi
Gejala: Sakit belakang kepala, terutama waktu pagi; kadang pening atau kabur mata.
Solusi: Kawal tekanan darah dengan ubat, kurangkan garam, senaman, berhenti merokok.
Sakit Kepala TMJ (Sendi Rahang)
Gejala: Sakit di rahang, pipi atau telinga, bertambah bila mengunyah atau buka mulut luas.
Solusi: Elak kunyah kuat, fisioterapi, pelindung gigi (mouth guard), rawatan gigi.
Gambar: Public Health Malaysia
Sakit kepala tiba-tiba paling kuat dalam hidup
Disertai penglihatan kabur, kelemahan anggota, pengsan, sawan
Demam, leher kaku, perubahan personaliti atau tingkah laku
Sakit kepala makin kerap atau berubah corak
Jangan pandang remeh jika sakit kepala anda masih berlarutan atau disertai dengan gejala yang luar biasa.
Sila dapatkan rawatan atau nasihat daripada pakar kesihatan segera untuk mencegah masalah yang lebih serius.
BACA: Anak Dijangkiti Penyakit HFMD? Ini Cara Cegah Yang Anda ‘Wajib’ Tahu
BACA: Saintis Jepun Temui Cara Tumbuhkan Semula Gigi Patah
BACA: Ini Khasiat Air Kelapa Berdasarkan Sains Yang Anda ‘Wajib’ Tahu