Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Thailand-Kemboja Kembali Tegang, Anwar Seru Isu Dibawa Ke Meja Rundingan

Sofea
thailand kemboja
Kredit: FB Anwar Ibrahim

Thailand-Kemboja Kembali Tegang, Anwar Seru Isu Dibawa Ke Meja Rundingan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa beliau telah bercakap dengan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet, melalui panggilan telefon bagi mendapatkan gambaran serta perkembangan terkini di sempadan Thailand-Kemboja.

“Saya menyeru agar segala isu yang masih belum selesai dibawa ke meja rundingan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Bersama (JBC).

“Malaysia percaya bahawa semangat dialog, diplomasi dan persefahaman sesama rakan ASEAN adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan sebarang bentuk pertikaian,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Hun Manet mendakwa tentera Thailand menghalang lebih 20 keluarga kembali ke rumah mereka di kawasan sempadan yang dipertikai, seperti dinyatakan dalam surat beliau kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

BACA JUGA: Thailand, Kemboja Setuju Untuk Gencatan Senjata – PM Anwar

Jurucakap tentera Thailand Winthai Suvaree pula mendakwa penduduk Kemboja telah terlibat dalam insiden keganasan dan mencetuskan kekecohan dengan sengaja, selain bertindak menduduki wilayah Thailand secara haram, lapor Bernama.

Thailand dan Kemboja sebelum ini telah mencapai persetujuan untuk melaksanakan gencatan senjata pada Julai selepas pertempuran yang berlaku antara kedua-dua negara mengorbankan 33 nyawa

Sumber: Anwar Ibrahim