Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
hantar anak autistik
Kredit: Bernama
Tiada Kategori

Ibu Bapa Digalak Hantar Anak Autistik Sertai Program ILKBS – Hannah Yeoh

Sofea

Ibu Bapa Digalak Hantar Anak Autistik Sertai Program ILKBS – Hannah Yeoh

BANGI, 20 Sept (Bernama) — Ibu bapa digalakkan menghantar anak-anak mereka yang berkeperluan khas, khususnya golongan belia autistik mengikuti kursus kemahiran yang disediakan oleh Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS).

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata langkah itu bagi memastikan golongan berkenaan mendapat peluang latihan dan kemahiran yang dapat membantu mereka berdikari dan menyumbang kepada masyarakat.

“Saya lihat kita ada ramai belia yang telah dilatih setiap tahun dan saya percaya dengan kursus yang percuma ini, ibu bapa sepatutnya mengambil peluang ini untuk hantar anak-anak mereka ke ILKBS,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvokesyen ILKBS ke-20 di sini hari ini.

Difahamkan, sejak pengenalan kursus khas untuk belia autistik pada 2018, sebanyak 343 graduan telah berjaya menamatkan latihan mereka dan sebanyak 48 orang lagi menerima sijil mereka hari ini.

Kata Hannah, ILKBS bukan sahaja melatih golongan belia untuk mendapat kemahiran, malah ramai alumni telah menjadi usahawan berjaya dan menyumbang kembali kepada institut dengan mengambil pelatih baharu bekerja serta memberikan bantuan dalam bentuk kepakaran.

“Setiap tahun, kami jejaki mereka, jadi kita ada ramai alumni yang telah pun menjadi usahawan. Dan mereka telah mengambil junior bekerja dengan syarikat mereka … mereka juga datang semula ke ILKBS serta memberikan sumbangan dalam pelbagai bentuk,” katanya.

Terdahulu dalam ucapan perasmian, Hannah berkata kadar kebolehpasaran lepasan ILKBS kini mencecah 97 peratus dan angka itu jauh mengatasi sasaran asal serta memberikan keyakinan bahawa laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ialah jalan yang sahih untuk masa depan belia Malaysia.

“Malah, KBS melalui ILKBS bukan pemain kecil dalam landskap TVET negara. KBS adalah antara peneraju utama pendidikan TVET dan kini menganggotai Majlis TVET Negara, memastikan suara belia didengari dalam hala tuju dasar kemahiran negara.

“Yang lebih membanggakan, ILKBS juga komited untuk menjadi juara dalam menyediakan peluang latihan khas buat belia autistik menerusi pelaksanaan Program Inklusiviti Belia Autisme dan Berkeperluan Khas di beberapa buah ILKBS terpilih,” katanya.

Sejumlah 3,240 graduan ILKBS akan menerima sijil sebagai pengiktirafan bagi peringkat Diploma Lanjutan, Diploma, Sijil Lanjutan dan Sijil bagi sesi di Semenanjung Malaysia manakala di Sabah, sebanyak 171 orang akan menerima sijil pelbagai peringkat pengajian pada 27 Sept serta 97 orang di Sarawak, 4 Okt ini.

Sumber: Bernama