Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Medan Pasar Akan Diberikan Nafas Baharu - Hannah Yeoh

Medan Pasar diberikan nafas baharu
Kredit: Facebook Hannah Yeoh

Medan Pasar bakal diberi nafas baharu menerusi kerjasama antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Yayasan Creador, dengan tumpuan untuk menjadikan kawasan bersejarah itu lebih selesa serta mesra komuniti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh berkata, projek berkenaan akan dilaksanakan dengan mengambil kira identiti dan nilai warisan Medan Pasar supaya ciri sejarah kawasan itu terus dipelihara.

Medan Pasar diberikan nafas baharu

Beliau berkata, projek itu turut menerapkan pendekatan Nature-based Solutions (NbS) dalam sistem pengurusan air hujan bagi memastikan pengurusan air lebih mampan.

“Ini selari dengan usaha kita menjadikan Kuala Lumpur sebuah Sponge City yang lebih berdaya tahan terhadap hujan lebat dan perubahan iklim,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hannah, projek itu bukan sekadar bertujuan mencantikkan Medan Pasar, sebaliknya memastikan ruang awam berkenaan dapat berfungsi dengan lebih baik untuk rakyat dan bandar.

“Kita bukan sekadar mahu mencantikkan Medan Pasar. Kita mahu ruang awam yang berfungsi lebih baik untuk rakyat dan bandar,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Yayasan Creador dan DBKL atas kerjasama dalam usaha menghidupkan semula Medan Pasar.

Intipati
  • Medan Pasar bakal diperbaharui melalui kerjasama DBKL dan Yayasan Creador.
  • Hannah Yeoh berkata projek itu akan memelihara identiti dan nilai warisan kawasan.
  • Pendekatan Nature-based Solutions akan diterapkan bagi pengurusan air hujan lebih mampan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan