Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dapat memenuhi jemputan seorang kanak-kanak dari Taska As Sakeenah telah menghantar wakil ke Hari Usahawan Cilik di Subang Jaya pada Sabtu.
Anwar yang ketika ini berada di Brunei Darussalam berkata, beliau tidak mahu menghampakan anak-anak di taska tersebut lalu menghantar pegawainya, Raimi Ab Rahim untuk menyantuni mereka.
'Uncle Anwar” hantar wakil santuni kanak-kanak di Taska As Sakeenah

“Tempoh hari, seorang anak dari Taska As Sakeenah menghantar mesej menjemput saya ke Hari Usahawan Cilik di Subang Jaya hari ini. Memang teringin nak hadir beri sokongan, tapi saya di Brunei Darussalam mengetuai delegasi negara.
“Tidak mahu hampakan anak-anak, “Uncle Anwar” hantar pegawai, saudara Raimi Ab Rahim untuk mewakili bagi sampaikan sedikit sumbangan dan salam mesra kepada semua,” katanya.

Anwar berharap Hari Usahawan Cilik ini memberi pengalaman bermakna dan menyemai minat berniaga dalam kalangan anak-anak sejak kecil.
“Kalau dapat untung, jangan lupa menabung,” katanya.
Beliau turut mendoakan anak-anak ini membesar menjadi insan yang rajin berusaha, sentiasa membantu keluarga dan memberi manfaat kepada masyarakat.
