Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Keadaan Trafik Di Beberapa Laluan Utama Seluruh Semenanjung Malaysia

Hannah
keadaan trafik malaysia
Kredit: LLM/FB

Keadaan Trafik Di Beberapa Laluan Utama Seluruh Semenanjung Malaysia

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan keadaan trafik di beberapa laluan utama seluruh Semenanjung Malaysia setakat jam 9.51 malam tadi bergerak perlahan, khususnya di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Antara lokasi yang terjejas di Lebuh Raya Utara-Selatan (E1) melibatkan arah utara dari Bandar Baharu ke Jawi serta arah selatan dari Perai ke Juru.

Sementara itu, di Lebuh Raya Utara-Selatan (E2), arah utara mengalami kesesakan dari R&R Seremban ke Bandar Baru Nilai.

Bagi arah selatan pula, trafik perlahan dari Bandar Baru Nilai ke Bandar Ainsdale berikutan insiden kereta terbakar di KM 276.5 yang menyebabkan lorong kecemasan dan lorong kiri terhalang. Selain itu, turut dilaporkan kesesakan dari Simpang Renggam ke Kulai.

Sementara itu, terdapat juga kemalangan di KM110.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 arah barat dari Temerloh ke Lanchang yang menghalang lorong kiri. Bagaimanapun, difahamkan bahawa keadaan trafik di lokasi terkawal.

Nasihat kepada pengguna lebuh raya

Sehubungan itu, LLM menasihatkan pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan dengan teliti dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik. Orang ramai juga diingatkan agar sentiasa mematuhi had laju yang ditetapkan.

Selain itu, orang ramai diharapkan agar sentiasa berwaspada dengan keadaan cuaca hujan serta sebarang halangan di laluan yang digunakan.

Saluran info trafik terkini

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik semasa menerusi:

  • Hotline LLM: 1-800-88-7752 (7 pagi – 10 malam)

  • Channel WhatsApp LLM Info Trafik: Klik di sini

  • Media Sosial: @llmtrafik di X & TikTok, serta Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia

  • Portal Rasmi: Klik di sini

  • Aplikasi: TUJU (info trafik & CCTV) serta MYJalan (aduan kerosakan) – boleh dimuat turun di Google Play dan App Store

BACA: Lelaki Non-Muslim Tinggal Pesan Lepas Lihat Ayat Al-Quran Pada Van Jenazah

BACA: Ditulis Pada 1934, Sampul Misteri Dari Sebuah Arkib Akhirnya Dibuka

BACA: Maksud Sebenar “Job Hugging”, Trend Baru Di Tempat Kerja

Sumber: Lembaga Lebuhraya Malaysia