Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Pak Cik Shell” Tunjuk Demo Isi Minyak Guna MyKad, Tebus Subsidi RON95

Hannah
isi minyak guna mykad
Gambar: @pakcikshell/IG 

“Pak Cik Shell” Tunjuk Demo Isi Minyak Guna MyKad, Tebus Subsidi RON95

Ramai rakyat Malaysia bimbang urusan menebus subsidi petrol RON95 akan memakan masa panjang di kaunter.

Namun, perkongsian terbaru daripada Pengarah Urusan Shell Malaysia, Shairan Huzani Husain atau lebih dikenali sebagai “Pak Cik Shell”, memberi sedikit kelegaan kepada orang ramai.

Mana tidaknya, beliau sendiri tampil menunjukkan cara yang lebih mudah dan ringkas untuk orang ramai menebus subsidi petrol.

Melalui sebuah video di akaun Instagram rasminya, @pakcikshell, beliau menunjukkan demonstrasi penggunaan pembaca MyKad di pam minyak.

Kaedah ini membolehkan pengguna mengisi minyak bersubsidi RM1.99 seliter tanpa perlu beratur di kaunter.

Cara mudah untuk orang ramai

Dalam video tersebut, Pak Cik Shell berkongsi langkah demi langkah:

1. Bersihkan cip MyKad

  • Beliau secara berseloroh menunjukkan cara membersihkan cip MyKad dengan pemadam, satu tabiat ‘klasik’ rakyat Malaysia yang biasa dilakukan di bank atau mesin ATM.

2. Buat pembayaran

  • Hanya sentuh kad debit/kredit pada terminal menggunakan fungsi PayWave.

3. Sahkan subsidi dengan MyKad

  • Masukkan MyKad ke dalam slot mesin untuk pengesahan.

4. Gunakan kad BonusLink (jika ada)

  • Sebagai langkah tambahan, masukkan kad BonusLink untuk mengumpul mata ganjaran.

5. Isi minyak seperti biasa

  • Angkat nozel dan mula mengisi tanpa sebarang kesulitan.

Reaksi awal

Walaupun demonstrasi itu dilakukan di pejabat beliau dan bukan di pam minyak sebenar, ramai warganet menyambut baik cara baharu ini.

Ramai yang berasa lega kerana proses ini kelihatan lebih cepat, ringkas dan mesra pengguna.

Bahkan, ramai beranggapan ia jauh lebih baik berbanding video tular sebelum ini yang menunjukkan orang ramai terpaksa beratur panjang di kaunter hanya untuk menebus subsidi.

Dalam erti kata lain, dengan langkah ini, subsidi petrol RON95 bukan sahaja lebih mudah diakses, malah dapat mengurangkan kesesakan di stesen minyak.

BACA: Cip MyKad Rosak Boleh Ditukar Percuma Bermula 23 September – KDN

Sumber: @pakcikshell/IG