Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Cip MyKad Rosak Boleh Ditukar Percuma Bermula 23 September – KDN

Hannah
cip mykad rosak
Gambar Hiasan

Cip MyKad Rosak Boleh Ditukar Percuma Bermula 23 September – KDN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengumumkan bahawa rakyat Malaysia boleh menukar cip MyKad yang rosak secara percuma bermula 23 September hingga 7 Oktober 2025 ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kemudahan itu diberikan selaras dengan pelaksanaan inisiatif BUDI195 yang diumumkan oleh Perdana Menteri.

Difahamkan, semua penukaran boleh dibuat di mana-mana kaunter dan pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara.

Menurut beliau, berdasarkan rekod JPN dari Januari hingga Ogos 2025 sahaja, sebanyak 294,715 permohonan penggantian MyKad rosak telah diterima.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan ketara sejak tiga bulan terakhir, iaitu 32,819 permohonan pada Jun, meningkat kepada 40,371 pada Julai, dan melonjak lagi kepada 45,411 pada Ogos.

Bagi bulan September pula, sehingga 21 haribulan, sebanyak 22,858 permohonan telah direkodkan. Purata permohonan dua bulan terkini adalah sekitar 43,000 cip rosak sebulan.

“Oleh yang demikian, penukaran cip MyKad rosak secara percuma bermula 23 September 2025 sehingga 7 Oktober 2025 ini dianggar akan melibatkan perbelanjaan kepada Kerajaan Madani sebanyak RM714,660.00 termasuk kos lain yang berkaitan.

“Ingin saya tegaskan bahawa Kerajaan MADANI prihatin untuk menanggung sepenuhnya kos tersebut dalam tempoh ini bagi memastikan akses rakyat kepada subsidi ini tidak akan sekali-kali terjejas hanya kerana masalah teknikal pada MyKad dan setiap warganegara yang layak dapat menikmati manfaat subsidi BUD195 dengan lancar,” kata beliau.

Mengulas lanjut, beliau turut menyeru rakyat agar sentiasa menjaga MyKad masing-masing dengan baik, memandangkan ia dokumen penting yang membolehkan rakyat mengakses pelbagai perkhidmatan kerajaan.

“Saya menyeru rakyat Malaysia untuk sentiasa memastikan MyKad berada dalam keadaan baik, kerana ia bukan sahaja dokumen pengenalan diri, tetapi juga kunci kepada pelbagai kemudahan kerajaan termasuk subsidi bersasar BUD195.

“Kerajaan MADANI berpegang teguh kepada prinsip kepedulian dan inklusiviti, memastikan setiap rakyat Malaysia menerima manfaat yang dijanjikan tanpa ada yang tercicir,” tambahnya.

cip mykad rosak

BACA: BUDI95: Harga Petrol Di Malaysia Antara Terendah Di Dunia – Amir Hamzah

Sumber: BERNAMA