Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Peperiksaan SPM 2026 Bermula 23 Nov Hingga 17 Dis - KPM

SPM 2026
Kredit: Bernama

PUTRAJAYA, 18 Ogos (Bernama) -- Peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 akan diadakan bermula 23 Nov hingga 17 Dis depan, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

Dalam kenyataan hari ini, KPM memaklumkan Ujian Bertutur Bahasa Melayu serta Ujian Bertutur Bahasa Inggeris masing-masing akan diadakan pada 26 hingga 29 Okt dan 2 hingga 5 Nov.

Ujian Amali Sains pula diadakan pada 16 hingga 18 Nov, diikuti Ujian Mendengar Bahasa Melayu pada 30 Nov dan Ujian Mendengar Bahasa Inggeris pada 1 Dis.

“Secara keseluruhan, seramai 420,879 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2026 di 3,334 pusat peperiksaan seluruh negara.

“Lembaga Peperiksaan akan mengumumkan jadual waktu peperiksaan SPM 2026 yang lengkap dalam waktu terdekat. KPM komited melakukan yang terbaik bagi memastikan peperiksaan ini dilaksanakan dengan lancar dan teratur,” menurut kenyataan itu.


Sumber:BERNAMA
Intipati
  • Peperiksaan bertulis SPM 2026 akan diadakan dari 23 Nov hingga 17 Dis.
  • Seramai 420,879 calon mendaftar menduduki peperiksaan di 3,334 pusat seluruh negara.
  • Ujian bertutur, amali sains dan mendengar dijadualkan bermula sebelum serta semasa peperiksaan bertulis.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan