Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Bomba 'Terperangkap' Dalam Lif
Kredit: @battosaimy
Tiada Kategori

Selalu Selamatkan Orang, Kali Ini Bomba Pula ‘Terperangkap’ Dalam Lif

Athirah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Selalu Selamatkan Orang, Kali Ini Bomba Pula ‘Terperangkap’ Dalam Lif

Kerjaya sebagai seorang anggota bomba sememangnya bukan satu pekerjaan yang mudah.

Sebagai anggota bomba, tugas mereka bukan hanya semata-mata memadam kebakaran, tetapi perlu menangani hampir semua kes kecemasan yang berlaku.

Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah yang sebesar-besar insiden, anggota bomba merupakan barisan yang terawal yang hadir di lokasi kejadian.

Tugas yang dilaksanakan pula sangatlah berisiko tinggi dan seringkali meletakkan nyawa sendiri sebagai ‘cagaran’ ketika berusaha menyelamatkan kehidupan yang lain.

Hampir setiap hari, kita disajikan dengan berita mengenai keberanian anggota bomba yang tanpa mengenal penat lelah menjalankan tugas menyelamat.

Sama ada membantu haiwan yang terperangkap, menyelamatkan mangsa kemalangan atau mengeluarkan individu yang terperangkap di dalam lif.

Namun, berbeza pula situasinya apabila anggota bomba ini bersama rakan sepasukannya dilihat ‘terperangkap’ di dalam lif.

“Bomba pun perlukan pertolongan kecemasan”

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @battosaimy, para anggota bomba dilihat sedang ketawa sewaktu mereka ‘terperangkap’ seketika di dalam sebuah lif.

Menurut @battosaimy, pada waktu itu mereka baru sahaja selesai membantu seorang kanak-kanak yang tersepit di celah pintu lif. Difahamkan, lif di residensi berkenaan menggunakan sistem kad akses untuk ke tingkat tertentu.

Selepas pengawal keselamatan mengimbas kad akses untuk membolehkan mereka turun, para anggota bomba menekan butang tingkat bawah untuk pulang.

Namun, lain pula yang berlaku apabila lif tidak bergerak, menyebabkan mereka ‘terperangkap’ seketika di tingkat 26. @battosaimy berpendapat kad akses milik pengawal keselamatan itu tidak mengimbas dengan tepat.

Video berdurasi 11 saat itu turut memaparkan pengawal keselamatan sedang ketawa apabila melihat keadaan para anggota bomba yang ‘terperangkap’, sekali gus menjadikan suasana riuh.

“Kami tekan butang pun tak boleh. Hampir seminit kami berada dalam lif sampai penggera amaran berbunyi. Itu yang pengawal keselamatan di luar terdengar bunyi lalu membuka semula pintu lif,” katanya.

BACA: Mekanik Dedah 8 Kesilapan Kecil Yang Boleh Rosakkan Kereta, No.7 Ramai Selalu Buat
BACA: Wanita Warga Asing Minta Bantuan Ramai Jejaki Keluarga Angkat Di Kelantan

Sumber: @battosaimy via TikTok