Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 25 – 29 September
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan bahawa Malaysia akan melaksanakan sistem subsidi bersasar bagi petrol RON95 atau dikenali sebagai BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bermula 30 September 2025.
Dalam kenyataan rasmi Kementerian Kewangan, harga runcit produk petroleum ditetapkan secara mingguan melalui formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
Justeru, bagi tempoh 25 hingga 29 September 2025, harga runcit adalah seperti berikut:
(i) harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.21 seliter;
(ii) harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter;
(iii) harga runcit petrol RON95 bagi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah Program BUD195 ditetapkan pada paras RM1.99 seliter mulai 27 September 2025;
(iv) harga runcit petrol RON95 bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah Program BUDI95 ditetapkan pada paras RM1.99 seliter mulai 28 September 2025;
(v) harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM2.93 seliter; dan
(vi) harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
Kerajaan menegaskan bahawa pelaksanaan sistem subsidi bersasar ini adalah untuk memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
Pada masa sama, kerajaan akan terus memantau pergerakan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah sewajarnya bagi melindungi kebajikan serta kesejahteraan rakyat.


BACA: Ini Sebab Kuota BUDI95 Ditetapkan Pada 300 Liter Sebulan
Sumber: Kementerian Kewangan