Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Indonesia Sedia Hantar 20,000 Anggota Tentera Untuk Misi Keamanan PBB Di Gaza – Prabowo
JAKARTA, 24 Sept (Bernama) — Indonesia bersedia menghantar lebih 20,000 anggota bagi menyokong usaha keamanan di Gaza atau mana-mana zon konflik lain, kata Presiden Prabowo Subianto pada Selasa dalam ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
“Di Ukraine, di Sudan, di Libya, di mana sahaja keamanan perlu dipertahankan, kami bersedia,” katanya ketika berucap pada sesi ke-80 perhimpunan itu di New York, menurut Sekretariat Presiden.
Prabowo berkata Jakarta bukan sahaja bersedia menghantar pasukan tenteranya, malah turut menyediakan sumbangan kewangan kepada misi keamanan PBB.
“Keselamatan dan keamanan global tidak boleh dipertahankan dengan kata-kata semata-mata, tetapi mesti direalisasikan melalui tindakan konkrit,” tegasnya.
Presiden itu memberi amaran bahawa dunia kini sedang berdepan era konflik, ketidakadilan dan ketidaktentuan yang mendalam.
Beliau turut menegaskan PBB mesti kekal menjadi tonggak keamanan, keadilan dan kebebasan untuk semua negara dan bukannya “keistimewaan segelintir pihak.”
Justeru, Prabowo menggesa agar badan dunia itu diperkukuhkan supaya mampu menangani cabaran global yang semakin kompleks termasuk peperangan, krisis kemanusiaan serta ketidaksamaan sosial dan ekonomi.
Sumber: Bernama