Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Proses Kewarganegaraan Pemain Warisan Ikut Perlembagaan Persekutuan – Saifuddin Nasution

Iqbal Yasir
Proses Kewarganegaraan Pemain Warisan
Gambar: FB Saifuddin Nasution

Proses Kewarganegaraan Pemain Warisan Ikut Perlembagaan Persekutuan – Saifuddin Nasution

Kementerian Dalam Negeri (KDN) tampil memberikan penjelasan berhubung isu kewarganegaraan pemain naturalisasi susulan kembali mencuri perhatian dunia bola sepak tempatan, selepas keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ke atas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan bahawa setiap keputusan pemberian kewarganegaraan dibuat mengikut peruntukan undang-undang di bawah Perkara 19(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Proses naturalisasi sangat teliti dan berlapis dokumen lengkap disemak, temu bual dijalankan, biometrik diambil, serta verifikasi menyeluruh dibuat.

“Syarat utama ialah keberadaan pemohon di Malaysia, bukan sekadar memohon dari luar negara. Semua keputusan dibuat mengikut tertib dan peraturan undang-undang,” katanya dalam satu sidang media pada hari ini.

Tambah Saifuddin, KDN bertanggungjawab memastikan urusan kewarganegaraan berjalan sah, telus dan berlandaskan Perlembagaan dan kami kekal teguh melaksanakan amanah ini dengan penuh tanggungjawab.

https://www.facebook.com/reel/809605611532095

Sumber: Kementerian Dalam Negeri

BACA: Kenyataan Rasmi America de Cali Berhubung Hukuman FIFA Kepada Rodrigo Holgado

BACA: Kenyataan Rasmi FAM Berhubung Keputusan Jawatankuasa Tatatertib FIFA