Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Hamidin Berada Di Zurich
Kredit: Stadium Astro

Hamidin Berada Di Zurich, Kemuka Rayuan Penggantungan Pemain Warisan Negara

Athirah

Hamidin Berada Di Zurich, Kemuka Rayuan Penggantungan Pemain Warisan Negara

Presiden Kehormat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Haji Hamidin Haji Mohd Amin dilaporkan sudah berada di ibu pejabat FIFA di Zurich, Switzerland.

Menurut portal Stadium Astro, Hamidin yang juga merupakan Ahli Majlis FIFA tiba untuk menghadiri mesyuarat badan induk tersebut, sekaligus mengemukakan rayuan penggantungan pemain warisan negara.

Menurut portal Stadium Astro, khabar terbaru ini dikongsikan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam satu hantaran X.

“Presiden Kehormat FAM Tan Sri Hamidin Mohd Amin yang juga ahli Majlis FIFA difahamkan sudah berada di ibu pejabat FIFA di Zurich untuk mesyuarat sekaligus mengemukakan rayuan kes pemain warisan,” katanya di X.

Jawatankuasa Tatatertib FIFA baru-baru ini dilaporkan menggantung tujuh pemain warisan negara, iaitu Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano atas dakwaan pemalsuan dokumen.

Sebelum ini, SK melaporkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memaklumkan bahawa pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang membabitkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersama tujuh pemain kebangsaan.

Katanya, siasatan akan dijalankan mengenai isu yang diklasifikasikan sebagai ‘public domain’ itu sekiranya terdapat kesalahan jenayah.

“Saya akan menghantar pegawai saya secepat mungkin daripada bahagian siasatan yang diketuai oleh pengarah dan bahagian siasatan Datuk Zainul Darus untuk berjumpa ataupun berkomunikasi dengan pihak FIFA untuk mengetahui apa sebenarnya isunya.

“Sekiranya kita mendapati ada berlakunya sebarang kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa kami, SPRM akan menjalankan siasatan.

” Oleh kerana perkara ini timbul dalam media dan saya lihat ini satu perkara yang melibatkan kepentingan awam.

“Tidak ada laporan tetapi SPRM melihat ini dalam kenyataan media yang keluar, jadi dia menjadi satu kenyataan umum ataupun dalam domain public.

“Bila menjadi dalam satu public domain, SPRM kita tidak menunggu sebarang aduan rasmi dibuat, kita boleh mengambil tindakan kerana masyarakat sudah mengetahui tentang perkara ini.” katanya.

Terdahulu, FAM telah dikenakan sekatan dan denda oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA selepas didapati melakukan pelanggaran babitkan Artikel 22 Kod Disiplin FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.

Susulan itu, badan induk bola sepak berkenaan diarahkan membayar denda sebanyak CHF 350,000 (RM1.8 juta) manakala tujuh pemain berkenaan dikenakan denda CHF2,000 (RM10,000).

BACA: Bank Terbesar Jepun Wajibkan Cuti Paterniti Selama Sebulan

Sumber: Stadium Astro