Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kini Dibuka Kepada Lalu Lintas, China Rasmi Jambatan Tertinggi Dunia

Hannah
Jambatan Tertinggi Dunia China
Gambar: AFP via CNA

Kini Dibuka Kepada Lalu Lintas, China Rasmi Jambatan Tertinggi Dunia

China pada Ahad merasmikan pembukaan jambatan tertinggi dunia, “Huajiang Grand Canyon Bridge”, sekali gus mencatat rekod baharu dalam kejuruteraan moden selepas tiga tahun pembinaan.

Jambatan ini bahkan menyingkirkan Beipanjiang Bridge, juga terletak di wilayah Guizhou, daripada kedudukan teratas. Sebelumnya, Beipanjiang Bridge dengan ketinggian 565 meter memegang gelaran jambatan tertinggi dunia.

Kini, Huajiang Grand Canyon Bridge menjulang setinggi 625 meter di atas sungai dan jurang besar di wilayah pergunungan Guizhou.

Rakaman dron yang disiarkan media tempatan menunjukkan kenderaan sudah mula melalui jambatan berkenaan dengan menara birunya sebahagiannya dilitupi awan.

Majlis perasmian turut disaksikan oleh jurutera projek, pegawai tempatan serta orang ramai yang hadir meraikan pencapaian itu. Ramai antara mereka meluahkan rasa bangga dan teruja dalam temu bual secara langsung.

Perjalanan 2 jam jadi 2 minit

Ketua Jabatan Pengangkutan Wilayah Guizhou, Zhang Yin, berkata jambatan itu mampu mengurangkan masa perjalanan antara kedua-dua sisi jurang daripada dua jam kepada hanya dua minit.

jambatan tertinggi dunia
Gambar: AFP via CNA

Beliau menegaskan, projek ini bukan sahaja memudahkan mobiliti, tetapi juga memberi dorongan baharu kepada pembangunan ekonomi dan sosial di wilayah tersebut.

Untuk info, Guizhou dikenali sebagai wilayah berbukit yang dipenuhi ribuan jambatan, dan kini menjadi lokasi dua jambatan tertinggi dunia.

Menurut agensi berita Xinhua, hampir separuh daripada 100 jambatan tertinggi dunia terletak di wilayah itu.

Huajiang Grand Canyon Bridge mengambil masa lebih tiga tahun untuk disiapkan dengan bentang utama sepanjang 1,420 meter. Ini menjadikannya jambatan dengan bentang terbesar di kawasan pergunungan.

Walaupun Huajiang Grand Canyon Bridge kini memegang gelaran jambatan tertinggi berdasarkan ketinggian dari tanah. Rekod jambatan tertinggi dari segi struktur masih kekal dipegang Millau Viaduct di Perancis dengan ketinggian 343 meter.

BACA: Bekas Menteri Pertanian Dan Hal Ehwal Luar Bandar China Dijatuhi Hukuman Mati

BACA: 3 Wanita Dibunuh Kejam Dalam “Live” Instagram

BACA: Tujuh Maut Dalam Kemalangan Kereta Kabel

Sumber: AFP via CNA