Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

3 Wanita Dibunuh Kejam Dalam “Live” Instagram

Hannah
3 wanita dibunuh live
Gambar Hiasan

3 Wanita Dibunuh Kejam Dalam “Live” Instagram

Argentina digemparkan dengan kes pembunuhan tragis melibatkan tiga wanita termasuk seorang remaja berusia 15 tahun.

Lebih mengejutkan, kejadian itu disiarkan “live” di Instagram dan ditonton oleh kira-kira 45 orang dalam sebuah kumpulan tertutup.

Menteri Keselamatan Buenos Aires, Javier Alonso, mengesahkan perkara tersebut dan menyifatkannya sebagai insiden yang amat membimbangkan.

Mangsa dikenal pasti sebagai Lara Gutierrez, 15, Brenda del Castillo, 20, dan Morena Verdi, 21.

3 wanita dibunuh live
Gambar: Global Desk via Economic Times

Lapor Economic Times, hasil bedah siasat mendedahkan nasib tragis yang menimpa ketiga-tiga mangsa.

Lara dipotong kesemua jari tangan kirinya sebelum dibunuh, manakala Brenda mengalami kecederaan parah dengan tengkorak retak dan luka pada bahagian perut.

Morena pula mati akibat lemas selepas kepalanya disarungkan dengan plastik hingga tidak dapat bernafas, tambah Economic Times.

Mangsa diperdaya

Ketiga-tiga mangsa dilaporkan hilang selepas menaiki sebuah kenderaan kerana menyangka mereka dijemput menghadiri sebuah acara.

Namun, siasatan mendapati mereka sebenarnya diperdaya oleh sekumpulan individu yang dipercayai terlibat dengan pengedaran dadah.

Laporan media tempatan menyebut, mangsa dijanjikan bayaran untuk menghadiri acara tersebut sebelum dibawa ke sebuah rumah di pinggir bandar Florencio Varela.

Beberapa hari kemudian, mayat mereka ditemui tertanam di halaman rumah berkenaan yang kini digelar sebagai ‘rumah ngeri’.

Motif pembunuhan

Pihak berkuasa percaya kejadian ini bermotifkan dendam, dengan laporan tidak rasmi mendakwa dua daripada mangsa dituduh mencuri sejumlah kokain.

Menteri Alonso menegaskan insiden ini menunjukkan bagaimana kumpulan jenayah menggunakan kekerasan untuk mengawal ahli dan menyampaikan ancaman.

Siasatan & tangkapan

Setakat ini, sekurang-kurangnya 12 suspek telah ditahan, termasuk empat orang dalam tangkapan awal dan beberapa lagi dalam operasi susulan.

Polis turut menemui kenderaan yang digunakan untuk membawa mangsa, yang telah dibakar bagi menghapuskan bukti.

Namun begitu, ketua kumpulan yang dipercayai mengarahkan pembunuhan itu masih bebas.

Beliau, seorang warga Peru, dipercayai melarikan diri ke luar negara sejurus kejadian, dan kini menjadi buruan utama pihak berkuasa dengan bantuan agensi antarabangsa.

BACA: Tujuh Maut Dalam Kemalangan Kereta Kabel

BACA: Wanita Maut Terpijak Asid ‘Pelarut Tulang’ Ketika Berjalan Di Kawasan Bukit

BACA: ‘Ketukan’ Misteri Ketika Waktu Malam Undang Resah Penduduk

Sumber: Economic Times