Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pokok Tumbang Hempap Lima Kenderaan Di George Town

Nur Erizsha
pokok hempap
Gambar: Bernama

Pokok Tumbang Hempap Lima Kenderaan Di George Town

GEORGE TOWN, 29 Sept (Bernama) — Hujan lebat disertai angin kencang sejak tengah malam tadi telah menyebabkan sebatang pokok besar tumbang dan menghempap lima kenderaan di Lintang Macallum di sini awal pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.40 pagi memaklumkan sebatang pokok telah tumbang.

Beliau berkata sebaik tiba di lokasi, pihak bomba mendapati sebatang pokok milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang yang tumbang telah menghempap tiga kereta serta dua motosikal.

“Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dan kerja-kerja pemotongan serta pembersihan di lokasi dijalankan oleh Pasukan Keluaran Operasi menggunakan peralatan kebombaan gergaji berantai,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Kerja-kerja berkenaan dijalankan oleh enam pegawai serta anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai bersama sebuah jentera Light Fire Rescue Tender.

BACA: Murid Terjatuh Lubang Kumbahan: Polis Ambil Keterangan Sembilan Individu

BACA: Lelaki Ditemukan Mati Selepas Pukul Anak Saudara Guna Tukul

BACA: Sindiket Pengedaran Dadah Antarabangsa Tumpas, Hampir Satu Tan Fentanyl Dirampas

Sumber: BERNAMA