Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Amaran Hujan Lebat Di 6 Negeri Hingga Malam Ini

Sofea
amaran hujan lebat
Kredit: Bernama

Amaran Hujan Lebat Di 6 Negeri Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di enam negeri sehingga jam 7 malam ini.

Menurut MetMalaysia di Facebook, keadaan cuaca itu akan melanda seluruh negeri Pahang dan Johor.

Selain itu, hujan lebat juga akan melanda daerah Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling di Kedah.

Bagi negeri Perak, ia melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

BACA: Hujan Lebat Diramal Landa Sembilan Negeri Petang Ini

Beralih ke Kelantan, hujan lebat diramal akan berlaku di daerah Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang.

Manakala, di Terengganu pula hanya melibatkan daerah Hulu Terengganu.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.

Sumber: Malaysian Meteorological Department