Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kronologi Runtuhan Sekolah Pondok Al Khoziny Di Indonesia
Pada Isnin lalu, dunia dikejutkan dengan tragedi tragis yang menimpa Sekolah Agama Al Khoziny di Buduran, Sidoarjo, Jawa Timur apabila bangunan asrama tiga tingkat dilaporkan runtuh.
Susulan itu operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan ekoran masih terdapat pelajar yang dilaporkan terperangkap dalam runtuhan.
Kronologi Runtuhan
29 September (pagi-tengah hari): Menurut warden pondok, Abdul Salam Mujib, terdapat proses pembaikan atap di tingkat 3 sejak pagi dan selesai dilakukan sekitar jam 12 tengah hari.
29 September (3 petang): Pada jam lebih kurang 3 petang, bumbung bangunan tersebut secara tiba-tiba runtuh dan menimpa para pelajar sekolah berkenaan yang ketika itu sedang menunaikan solat di tingkat 2.
Keadaan menngakibatkan ratusan pelajar terperangkap di bawah runtuhan konkrit.
Mangsa yang berada di surau tidak sempat menyelamatkan diri dan terperangkap di bawah timbunan konkrit.
Selasa, 30 September: Operasi SAR pada awalnya mendedahkan sebanyak 84 pelajar mengalami kecederaan dan seorang disahkan meninggal dunia.
Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Siti Hajar, RSUD Notopuro Sidoarjo, serta RS Delta Surya.
Angka kematian meningkat daripada 1 kepada 3 kematian manakala seramai 99 orang terselamat.
Menurut AFP, sekurang-kurangnya 38 individu yang masih dipercayai terperangkap dalam runtuhan itu.
Rabu, 1 Oktober: Agensi Mitigasi Bencana (BNPB) memaklumkan seramai 91 pelajar dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan bangunan itu.
Difahamkan, sebanyak 332 anggota penyelamat telah dikerahkan ke lokasi kejadian yang terdiri daripada pelbagai unit keselamatan.
Antaranya BASARNAS, Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Jawa Timur, BPBD Kabupaten Sidoarjo, BPBD daerah sekitar termasuk Jombang, Mojokerto dan Nganjuk, selain Dinas PU SDA Provinsi, Tagana Dinas Sosial, serta anggota TNI dan Polis.
Operasi SAR dilakukan secara manual meskipun jentera berat telah disiagakan kerana bimbang penggunaannya akan memberi kesan kepada runtuhan.
Misi itu sedang menunggu penilaian lanjut pihak berkuasa. Sekiranya penilaian mengesahkan tiada lagi mangsa yang hidup, operasi akan memasuki fasa seterusnya menggunakan jentera berat bagi mengeluarkan mangsa yang terkorban.
Sumber: Tempo