Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pemuda Indonesia Kongsi Cara “Survive” Dengan RM5 Sehari Di Malaysia
Hidup sebagai anak perantauan bukanlah sesuatu yang mudah. Mereka yang pernah meninggalkan keluarga demi menuntut ilmu atau mencari rezeki di tempat orang pasti tahu rasanya.
Kadangkala, ujian itu memang terasa berat. Sunyi, penuh cabaran dan banyak perkara perlu diuruskan sendiri. Tetapi, setiap perantau punya tujuan dan impian yang membuatkan mereka terus kuat.
Baru-baru ini, tular kisah seorang pemuda Indonesia yang bekerja di Malaysia. Kisahnya menarik perhatian ramai kerana dia berkongsi cara bertahan hidup dengan hanya RM5 sehari.
Dalam sebuah video yang dimuat naik di TikTok @hakimm_60, pemuda ini menunjukkan bagaimana dia mampu menyediakan makanan untuk dimakan tiga kali dalam sehari.
Lebih mengagumkan, ia dilakukan dengan hanya berbekalkan RM5.
Walaupun ringkas, cara masakannya cukup menyelerakan. Malah, ramai yang mengatakan hidangan seperti itu sebenarnya juga menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian itu nyata mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya. Ramai yang kagum dengan sikap pemuda tersebut yang hidup sederhana, dengan syukur.
Tidak kurang juga yang mendoakan kesejahteraannya agar dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan sepanjang bekerja jauh dari keluarga.
“Dia tahu cara bersyukur.”
“Alhamdulillah. Semoga terus kuat mencari rezeki.”
Apa yang menarik, ramai rakyat Malaysia sendiri terfikir sejenak bila melihat kisah ini. Ada yang meluahkan rasa kagum, ada juga yang membandingkan dengan gaya hidup mereka sendiri.
“Hebat betul. RM5 dapat makan 3 kali, kita ni RM5 breakfast saja.”
“Aku sekali makan RM20.”
“Jika orang Malaysia makan hari-hari macam ni, hartawan sudah semua orang Malaysia.”
“Wah, orang Malaysia pun boleh belajar, jimat duit masak sendiri. Cukup lengkap, protein dari tempe dan tauhu, sayur kangkung buat serat dan nasi sumber tenaga.”
Kita tidak pernah benar-benar tahu apa yang sedang dilalui oleh seseorang dalam hidupnya. Di sebalik senyuman yang terukir, mungkin tersimpan pelbagai cabaran yang hanya Maha Pencipta tahu.
Setiap orang ada jalan hidup dan perjuangan masing-masing. Ada yang berjuang demi keluarga, ada pula yang berkorban demi impian dalam pendidikan.
Justeru, marilah kita belajar untuk saling menghormati, menghargai dan mengagumi antara satu sama lain. Jangan mudah menghakimi, sebaliknya jadilah manusia yang menyokong dan menyebarkan kebaikan.
Setiap insan sedang bertarung dalam perjalanannya tersendiri, dan semua itu layak dibanggakan.
BACA: “Career Ladder” Tapi Versi Malaysia, Ramai Gagal Teka Abang Ni Kerja Apa
BACA: Banyak Akal Budak Sekarang, Terus WS “Waibee” Nak Minta Tiang Gol
BACA: Kisah Nahas Ketika Jem Jadi Tular, Sikap Pemilik X50 Buat Ramai “Salute”
Sumber: TikTok @hakimm_60