Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

“Career Ladder” Tapi Versi Malaysia, Ramai Gagal Teka Abang Ni Kerja Apa
Kalau korang kaki TikTok atau Threads, mesti pernah nampak trend “Career Ladder” yang dibuat oleh pempengaruh luar negara, Max Klymenko.
Konsepnya mudah tetapi unik. Max akan membawa satu tangga ke mana sahaja, kemudian secara random bertanya kepada orang awam tentang pekerjaan mereka. Menariknya, dia akan cuba meneka kerjaya individu itu berdasarkan perbualan singkat.
Hasilnya, ramai penonton jadi teruja sebab bukan sahaja dapat meneka bersama, tetapi juga belajar tentang kerjaya yang mungkin kita sendiri tak pernah dengar.
Siapa sangka, sekarang di Malaysia pun sudah ada versi “Career Ladder” kita sendiri. Cuma bezanya bukan tangga, tapi mereka guna bangku. Sebab tu dinamakan “Bangku Schola”.
Konsepnya lebih kurang sama, cuma lebih santai dan dekat dengan gaya orang Malaysia.
Baru-baru ini, siri Bangku Schola mencuri perhatian selepas mereka menemu bual seorang lelaki berpakaian cukup sederhana. Hanya berbaju kemeja polos, berseluar hitam dan memakai selipar Jepun putih.
Dari pandangan mata kasar, memang tiada siapa yang boleh meneka pekerjaan sebenar lelaki ini.
Melihat gaya santainya, ramai penonton di ruangan komen cuba meneka pekerjaan abang ini. Ada yang yakin dia bekerja di bengkel kereta, ada pula yang teka pekerja cuci kereta.
“Sorry do bang. Aku teka kau kerja bengkel…”
“Confident saya cakap dia kerja car wash…”
“Passengers? You are pilot? Macam mana boleh fikir tu? Aku auto fikir bawa bas…”
Tapi, bila lelaki ni mula bercakap lagi-lagi masa dia speaking, tambah pula hint pasal kerjayanya, barulah ramai tersentak.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya nyata kagum dengan personalitinya. Tak kurang juga, ramai yang tidak melepaskan peluang ‘menyakat’.
“Simple sangat orang dia, sekali pilot…”
“Terlalu humble pilot ni…”
“Rasa selesa bila bercakap dengan orang yang beradab macam ni. Cara bercakap, sopan dan tengok dua tangan dia…”
“Dia betul-betul manfaatkan off-day dia. Betul-betul tak dress up sampai kita pun tak expect…”
“Maksudnya setiap hari sebenarnya kita berselisih dan terserempak dengan pilot. Cuma kita saja tak tahu…”
BACA: Rakyat Puji Tengku Hassanal, Rela Bergelumang Lumpur Sertai Latihan Lasak
BACA: Banyak Akal Budak Sekarang, Terus WS “Waibee” Nak Minta Tiang Gol
BACA: Kisah Nahas Ketika Jem Jadi Tular, Sikap Pemilik X50 Buat Ramai “Salute”
Sumber: TikTok @schola.my