Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Kisah Nahas Ketika Jem Jadi Tular, Sikap Pemilik X50 Buat Ramai “Salute”

Hannah
pemilik x50 nahas jem
Gambar: BERNAMA
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Kisah Nahas Ketika Jem Jadi Tular, Sikap Pemilik X50 Buat Ramai “Salute”

Dalam perjalanan hidup ini, tidak dinafikan kita semua pasti akan berdepan dengan pelbagai bentuk ujian. Sering kali ia hadir secara tiba-tiba, tanpa sebarang amaran.

Tapi, apa yang membezakan setiap insan adalah bagaimana mereka memilih untuk berhadapan dengan keadaan tersebut.

Ada yang memilih untuk bertenang, mencari jalan penyelesaian secara berhemah dan penuh pertimbangan.

Sebaliknya, tidak kurang juga yang bertindak melulu, membiarkan emosi mengawal diri, lalu akhirnya menjadikan masalah yang kecil bertambah besar.

Namun begitu, sebuah kisah yang baru-baru ini tular di media sosial membuktikan sesuatu yang cukup bermakna. Sikap tenang dan matang dalam menghadapi situasi getir ternyata menjadikan masalah lebih mudah ditangani.

“Mudah je hidup ni sebenarnya kalau toleransi.” – Netizen

Menerusi Threads @wannajmie, seorang lelaki berkongsi insiden kemalangan ringan yang berlaku di Federal Highway, dipercayai berlaku baru-baru ini.

Katanya, ketika itu keadaan jalan agak sesak dan kenderaan bergerak perlahan. Namun, akibat terlalu penat, dia tidak sedar dirinya mengalami microsleep. Untuk info, ia adalah satu keadaan di mana seseorang boleh tertidur seketika tanpa kawalan.

Akibatnya, kakinya terlepas daripada pedal brek, lalu keretanya terlanggar sebuah Proton X50 di hadapan. Mujurlah impaknya kecil kerana ketika itu trafik bergerak perlahan.

Sebaik sahaja menyedari kejadian itu, dia terus menyalakan lampu isyarat kecemasan dan berhenti di tepi jalan bersama kereta yang dilanggarnya.

“Aku pun terus salam dengan owner kereta tu, minta maaf sambil terus mengaku salah,” katanya.

Apa yang mengejutkannya ialah sikap pemilik X50 tersebut yang tenang menghadapi keadaan.

Selesai dengan baik, tanpa ‘panjang cerita’

Malam kejadian itu, katanya, mereka mengambil gambar kereta masing-masing dan bertukar nombor telefon. Kemudian, masing-masing meneruskan perjalanan tanpa perlu ‘panjangkan cerita’.

Keesokan harinya, pemilik X50 itu menghantar mesej WhatsApp kepada lelaki berkenaan dengan sebut harga daripada bengkel.

Kos membaiki keretanya ialah RM700, namun pemilik X50 itu sendiri meminta diskaun daripada bengkel sehingga turun kepada RM500.

Lelaki ini mengaku terkejut apabila mengetahui pemilik kereta yang dilanggarnya itu sendiri berusaha mendapatkan diskaun mungkin untuk meringankan bebannya.

“Padahal sebenarnya aku juga yang kena bayar. Dia tak perlu pun susah-susah nak mintakan diskaun tu,” tambahnya.

Disebabkan budi baik itu, dia mengambil keputusan untuk membayar lebih daripada jumlah yang diminta. Tapi, pemilik X50 malah ‘menegurnya’ kerana terlebih bayar.

“Sebab terharu dengan sikap dia, saya bayar lebih sikit daripada jumlah yang sepatutnya. Terus dia cakap, “Eh, ni lebih ni”. Saya jawab, “Itu untuk ganti susah payah awak kena lalui sebab kemalangan ni”.

“Dia ucap terima kasih, dan lepas tu kami teruskan hidup masing-masing macam biasa. Tak ada isu NCD hilang, tak perlu libatkan polis, kedua-dua pihak pun rasa puas hati.

“Saya syukur sangat sebab pemilik kereta tu memang tenang dan berfikiran matang. Kalau dapat orang lain, mungkin malam tu dah berakhir dekat balai polis,” kongsinya lagi.

Pengajaran

Kisah ini mendapat perhatian netizen di media sosial. Ramai yang memuji tindakan kedua-dua pihak yang memilih untuk bertolak ansur dan menyelesaikan masalah dengan baik.

BACA: Terkejut Dengar, Mat Saleh Dedah Perkara Ia Paling Tak Suka Soal Malaysia

BACA: Ramai Terkedu Bila Pelancong Jepun Kongsi Gambar ‘Lorong’ Di Malaysia

BACA: Lelaki Non-Muslim Tinggal Pesan Lepas Lihat Ayat Al-Quran Pada Van Jenazah

Sumber: Threads @wannajmie