Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

GSF: Solat Hajat, Qunut Nazilah & Khutbah Jumaat Khas Akan Diadakan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Mokhtar, mengumumkan bahawa semua masjid dan surau di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan mengadakan Solat Hajat serta Qunut Nazilah bermula malam ini.
Langkah ini diambil sebagai tanda solidariti berikutan tindakan Israel yang dilaporkan memintas serta menghalang pasukan Global Sumud Flotilla daripada meneruskan misi mereka ke Gaza, Palestin.
Menurut kenyataan rasmi, Solat Hajat dan Qunut Nazilah akan dilaksanakan selepas Solat Maghrib pada hari ini, dan diteruskan selepas Solat Jumaat esok, 3 Oktober, di semua masjid dan surau yang berada di bawah pentadbiran JAKIM dan JAWI.
Selain itu, semua masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan turut akan menyampaikan Khutbah Jumaat Khas yang memberi tumpuan kepada isu Palestin.
Dr. Mohd Na’im juga mengesyorkan agar masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri mengambil inisiatif sama bagi memperluaskan gelombang doa rakyat Malaysia untuk keselamatan pasukan flotilla, termasuk rakyat Malaysia yang terlibat, serta kesejahteraan seluruh rakyat Palestin.
Beliau menyeru umat Islam di Malaysia untuk bersama-sama menadah tangan, memohon perlindungan Allah SWT dan terus mendoakan kemenangan serta ketabahan rakyat Palestin yang sedang berdepan kezaliman berterusan.
BACA: Kerajaan Akan Buat Terbaik Bebaskan Warga Malaysia Ditahan Israel – Anwar
Sumber: Bernama TV