Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kanak-kanak Perempuan Maut Dihempap Tiang Pagar Rumah
SEREMBAN, 4 Okt (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun sembilan bulan maut selepas dihempap tiang konkrit pagar rumahnya di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata kejadian berlaku kira-kira 7.15 malam ketika mangsa sedang bermain dengan kakaknya.
“Ketika mereka bermain, tiang pagar yang tidak kukuh itu tumbang dan menghempap mangsa. Ibu kanak-kanak itu bergegas membawanya ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini sebelum disahkan meninggal dunia pada 9.14 malam.
“Hasil bedah siasat di Hospital Rembau mendapati punca kematian disebabkan kecederaan kepala akibat hentakan objek berat dan tiada kecederaan lain dikesan,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai dinasihatkan supaya memastikan struktur binaan di kediaman masing-masing dalam keadaan selamat bagi mengelakkan sebarang insiden.
BACA: Dua Rentung Kereta Terbabas, Terbakar Di Butterworth
BACA: Pelajar Tingkatan Empat Meninggal Dunia Ketika Kejohanan Ragbi SBP Kebangsaan
BACA: Wanita Maut Dipercayai Jatuh Dari Tingkat 15 Pangsapuri Di Shah Alam
Sumber: BERNAMA